awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Terbuka Korea Selatan: Kemunculan semula bergaya Jin Wei

Bernama
Bernama
05/04/2022
07:44 MYT
Badminton Terbuka Korea Selatan: Kemunculan semula bergaya Jin Wei
Jin Wei memerlukan 53 minit untuk menjinakkan lawannya di ranking ke-52, dengan kemenangan 21-19, 16-21, 21-17. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei membuat kemunculan semula dengan bergaya apabila mengejutkan pemain Jepun Asuka Takahashi pada pusingan pertama Terbuka Korea Selatan hari ini.
Jin Wei yang berada di ranking ke-127 selepas kali terakhir membuat penampilan dalam kejohanan pada Jun tahun lepas, bagaimanapun memerlukan 53 minit untuk menjinakkan lawannya di ranking ke-52, dengan kemenangan 21-19, 16-21, 21-17.
Pemain berusia 22 tahun dari Pulau Pinang itu akan berdepan wakil tuan rumah Lee Se Yeo pada pusingan kedua, yang terdahulu menewaskan pemain Israel Ksenia Polikarpova 21-7, 21-8.
Turut melangkah ke pusingan kedua, gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang mengenepikan beregu lelaki dari India Bokka Navaneeth-Reddy B. Sumeeth 21-14, 21-12.
Pilihan keenam kejohanan itu akan berdepan pasangan muda dari Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang menyingkirkan Hiroki Okamura-Masayuki Onodera dari Jepun 7-21, 21-13, 21-13.
Turut cemerlang, pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong yang menang ke atas pemain Finland Kalle Koljonen 21-13, 21-15 untuk menempah pertemuan dengan pemain Korea Selatan Kim Donghun yang menewaskan Kai Schaefer dari Jerman 21-18, 21-12.
Lain-lain keputusan
--------------------------
(Nota: membabitkan pemain Malaysia)
Perseorangan lelaki:
Cheam June Wei mn Prannoy H.S. (IND) 21-17, 21-7
Beregu lelaki:
Tan Kian Meng-Tan Wee Keong mn Hwi Tae Kim-Dae II Yoon (KOR) 21-18, 21-13
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Korea selatan
#badminton
#perseorangan wanita negara
#goh jin wei
#Asuka Takahashi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan