KUALA LUMPUR: Menjelang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan 24 Feb ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap supaya kerajaan dapat menyalurkan peruntukan tambahan bagi membantu persiapan atlet mengharungi temasya besar pada tahun ini dan tahun hadapan.
Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata Sukan SEA Kemboja pada Mei dan Sukan Asia Hangzhou di China September ini serta Sukan Olimpik Paris 2024 memerlukan penumpuan khusus terutama dalam usaha mempertingkatkan prestasi atlet.
"Kita minta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beri ruang yang lebih kerana kita akan berhadapan dengan kejohanan besar berturut-turut.
"Kita kena hantar atlet untuk bertanding di kejohanan luar supaya mereka memperoleh persaingan yang berkualiti serta pendedahan yang cukup. Kita cuba optimumkan peruntukan yang diberi untuk pastikan atlet ini dapat masuk ke kejohanan dengan persediaan yang cukup," katanya pada Sidang Media Pelancaran Jelajah Bola Keranjang '3 Lawan 3' 2023, di sini hari ini.
Adam Adli bagaimanapun berkata peruntukan yang bakal diumumkan kerajaan itu tidak akan mengganggu sebarang program yang sedang dilaksanakan KBS ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Adam Adli berkata Sukan SEA Kemboja pada Mei dan Sukan Asia Hangzhou di China September ini serta Sukan Olimpik Paris 2024 memerlukan penumpuan khusus. - Gambar fail

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 - Ahmad Maslan
Kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2023 bagi memastikan setiap cadangan pembangunan melalui peruntukan yang telah diumum menerusi Belanjawan 2023 hari ini dapat dicapai.

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

#SuaraMalaysia: Rakyat tunggu pengumuman subsidi dalam Belanjawan 2023
Didapati 59 peratus menyatakan mereka paling menantikan pengumuman berkaitan subsidi.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.