KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjalinkan kerjasama strategik dengan Thailand dalam usaha mengejar misi emas pertama Sukan Olimpik di Paris pada 2024 serta merangkul Piala Thomas pada tahun tersebut.
BAM mengorak langkah proaktif ke arah mencapai misi tersebut apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Ahad dengan Persatuan Badminton Thailand (BAT) berkuat kuasa 2022 hingga 2024.
BAM menyifatkan MoU itu merupakan situasi menang-menang kerana kedua-dua pihak mempunyai cita-cita sayang sama untuk menjadi kuasa dominan dalam dunia badminton termasuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik.
Menurut kenyataan BAM, perjanjian itu akan bertindak sebagai platform kepada hubungan strategik dan erat dalam pelbagai aspek termasuk sains sukan, latihan pemain, perkongsian kepakaran oleh jurulatih dan pegawai pasukan.
Sementara itu, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata majlis itu adalah detik penting bagi pembangunan sukan badminton di negara ini serta bersedia ke arah mencapai objektik utama negara merangkul emas di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Piala Thomas di China pada tahun tersebut.
Justeru, Mohamad Norza merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Presiden BAT, Khunying Patama Leeswadtrakul, atas pakatan strategik dan berharap hubungan tersebut akan memberi manfaat kepada kedua-dua persatuan tersebut.
Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara menang Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata majlis itu adalah detik penting bagi pembangunan sukan badminton di negara ini. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia - BAM
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Tiada lagi 'pangkat' senior dan junior dalam skuad kebangsaan - Norza
Pemain muda turut akan dihantar bertanding bersama pemain senior dalam kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
'Cakap semua senang, tapi kerja ini siapa nak buat' - Norza
Norza mahu fokus kepada tanggungjawab sebagai 'bos' badan induk tersebut demi kemajuan badminton negara di pentas antarabangsa.
Usah ragu kemampuan pemain badminton negara - BAM
Mohamad Norza berkata keputusan mengecewakan di laman sendiri membuka mata pihaknya untuk membuat persediaan lebih rapi.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Hannah minta Norza pertimbang keputusan letak jawatan Presiden BAM
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh secara terbuka meminta Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusan untuk melepaskan jawatannya.