KUALA LUMPUR: Calon jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele dan jurulatih beregu campuran Paulus Firman, telah dikenal pasti, kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky.
Beliau berkata mereka terdiri daripada calon tempatan dan luar negara.
Diminta memberikan bayangan calon yang mempunyai potensi tinggi dipilih, beliau dengan ringkas berkata: "beliau pernah jadi pemain", namun enggan mengulas lanjut.
"Buat masa ini, perkembangan sangat positif tetapi masih ada perkara perlu dibincangkan lagi. Setakat ini kita sedang menilai jurulatih dari luar negara, tetapi saya ada juga beritahu Datuk Kenny Goh (Setiausaha Agung BAM) mengenai jurulatih tempatan, namun segala keputusan terpulang kepada mereka," katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Pada 1 April lepas, Flandy membuat keputusan mengejutkan meninggalkan BAM apabila tidak mahu menyambung kontrak baru selepas dua tahun menabur bakti di negara ini, manakala sebulan kemudian Paulus pula meletakkan jawatan kerana ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
Rexy bagaimanapun memberi komitmen bahawa pemilihan tidak akan dibuat secara terburu-buru supaya dapat mencari jurulatih terbaik untuk mengemudi pasukan.
"Kita tidak mahu tergesa-gesa kerana tidak senang mendapat jurulatih yang berkualiti dan tidak akan mengambil individu (sesuka hati) untuk mengisi tempat kosong, tetapi tidak mendapat keputusan seperti yang kita harapkan," katanya.
Dalam pada itu, Rexy berkata pemain beregu lelaki negara Aaron Chia tidak berada pada tahap terbaiknya, ketika tewas kepada pasangan dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi di separuh akhir Terbuka Indonesia, Sabtu lepas.
"Bagi saya, mereka (Aaron Chia-Soh Wooi Yik) mampu menang dengan China, tetapi saya terkejut dengan prestasi Aaron dalam separuh akhir, tidak sama dengan Wooi Yik apabila beliau tidak ikut rentak permainan Wooi Yik yang bermain dengan baik.
"Kebiasaannya pergerakan Aaron pada bola depan jaring baik tetapi hari itu terkeluar, kesilapan pukul keluar dan saya tengok seperti ada yang tidak kena dengan beliau (Aaron). Oleh itu, saya sedang latih mereka untuk fikir dalam lapangan, kalau mahu serang perlu fikiran yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Rexy berkata calon-calon jurulatih baharu itu terdiri daripada calon tempatan dan luar negara. - Gambar fail/Sinar Harian
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Kelantan FC umum Alfredo Vera ganti Frank Bernhardt
Kelantan FC mengumumkan Alfredo Vera sebagai jurulatih baharu pasukan bagi menggantikan Frank Bernhardt.
'Beri saya enam bulan tambah baik prestasi pemain' - James Chua
Sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan diperlukan jurulatih baharu perseorangan wanita negara James Chua untuk menambah baik prestasi lapan pemain kebangsaan di bawah jagaannya.
BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy
Calon jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele dan jurulatih beregu campuran Paulus Firman, telah dikenal pasti.
Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.
Lionel Messi mahu tinggalkan Barcelona
Messi dilaporkan mahu menggunakan klausa dalam kontraknya, yang membenarkan dia meninggalkan kelab berkenaan tanpa sebarang yuran perpindahan.
Kenali jurulatih baharu JDT, Benjamin Mora
Pelan jangka panjang JDT sentiasa mementingkan untuk mendidik, membangunkan dan memberi peluang kepada mereka yang berkhidmat dalam keluarga JDT.