KUALA LUMPUR: Ahli Fisiologi Kanan Institut Sukan Negara (ISN) Dr Tim Jones dan bekas pemain beregu wanita negara Lee Meng Yean, dilantik menyertai pasukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
BAM dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan akan melantik Jones, 40, sebagai Pengarah Prestasi Tinggi, manakala Meng Yean, 27, untuk melatih pemain-pemain beregu wanita.
Jones yang telah bersama ISN sejak September 2017, merupakan ketua pasukan Olimpik untuk badminton di Olimpik Tokyo 2020, Julai tahun lepas.
Sebelum itu Jones merupakan ahli fisiologi dan sains sukan untuk pasukan pelayaran Britain selama lima tahun (2012-2015), dan pengajar teknikal di Universiti Brighton (2011-2012).
"Untuk tugas baharunya, Tim akan bertanggungjawab dalam perancangan prestasi strategik, memperkuatkan lagi asas kuat yang sedia ada. Lantikan ini dilakukan bagi mengekalkan kecemerlangan di dalam gelanggang pada aras antarabangsa menerusi satu strategi yang terperinci," menurut kenyataan tersebut.
Sementara ketua pasukan Piala Uber 2020 Meng Yean, akan menyertai ketua jurulatih Hoon Thien How dalam memperkuatkan lagi jabatan beregu wanita.
"Berkaitan kejayaan di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 baru-baru ini, BAM akan terus meneroka usaha untuk memperkukuhkan lagi jabatan teknikal bagi membuka potensi skuad muda di Akademi Badminton Malaysia (ABM)," menurut kenyataan BAM itu lagi.
Berdasarkan kepada ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Meng Yean bersama bekas pasangannya Chow Mei Kuan yang memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2019, masih beregu wanita negara dengan ranking tertinggi iaitu ke-11 di dunia.
Mei Kuan bersara selepas kekalahan peringkat kumpulan di Olimpik, manakala Meng Yean berhenti daripada pasukan kebangsaan hujung minggu lepas, selepas cuba berpasangan bersama beberapa pemain muda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
BAM mengesahkan akan melantik Tim Jones sebagai Pengarah Prestasi Tinggi, manakala Meng Yean untuk melatih pemain-pemain beregu wanita. - Sinar Harian/BAM
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
'Terdapat ramalan tahun ini paling panas selepas 1998' - Nik Nazmi
Cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai depan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Keputusan laporan interim nahas helikopter TLDM minggu depan
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas dijangka siap minggu depan.
Kerajaan Joe Biden digesa bertindak segera
57 anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Parti Demokrat menandatangani surat bagi menggesa kerajaan pimpinan Joe Biden menghentikan serangan Israel di Rafah.
Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Jakim telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
PM arah agensi MCBA jalan tugas serta-merta
Perdana Menteri berkata, semua jabatan dan kementerian berkaitan perlu meletakkan pegawai masing-masing walaupun rang undang-undang (RUU) berkaitan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.
Papagomo mengaku tidak bersalah, hasut kebencian Agong
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Ia atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ia atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Laporan interim nahas helikopter TLDM siap minggu depan
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumur, Perak yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lalu dijangka siap minggu depan.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.