KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam sebarang pertandingan antarabangsa melibatkan negara berkuat kuasa 18 Januari lalu.
Timbalan Presiden 2 BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, penggantungan itu akan berjalan selama dua tahun.
Menurut beliau, BAM dan Zii Jia telah melakukan beberapa siri perbincangan sebelum ini dan meminta pemain tersebut mempertimbangkan keputusannya.
Bahkan, Zii Jia, kata Jahabardeen, turut menyenaraikan beberapa permintaan.
Bagaimanapun, katanya, BAM tidak dapat memenuhi permintaan tersebut dan menegaskan adalah mustahil untuk memenuhi kehendaknya seperti pasukan kejurulatihan sendiri selain menentukan kejohanan apa yang mahu disertainya.
“BAM masih tawarkan beliau beberapa insentif yang lumayan, termasuk faedah kewangan. Begitupu, Lee Zii Jia sudah membuat keputusan dan beliau tidak mahu mempertimbangkan keputusan itu.
“Kini, kita tahu Zii Jia, pemain kebangsaan yang pernah memenangi Kejohanan All England…adalah sukar, mengecewakan apabila BAM kehilangan beliau.
“Tapi beliau sudah buat keputusan dan kita perlu respons terhadap permintaan beliau,” katanya pada sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara di sini, pada Jumaat.
Keputusan sama juga dikenakan kepada Goh Jin Wei namun ia bermula pada 31 Oktober 2021 dan ia menyaksikan kedua-duanya mungkin terlepas untuk bertanding dalam Sukan Sea sedangkan beliau merupakan antara prospek emas negara.
Begitupun, Jahaberdeen menegaskan masih ada ruang buat Zii Jia mengemukakan rayuan dan BAM mungkin memberi masa beberapa bulan untuk melakukan sedemikian.
“Jika rayuan itu dibuat dan rayuan berdasarkan terma-terma munasabah dan mengambil kira kepentingan negara, maka kemungkinan besar mereka dapat main dalam Sukan Sea.
“Tapi kalau sebaliknya, sebaliknyalah. Jadi kita akan lihat apa berlaku. Pada peringkat ini, masih ada ruang dan peluang untuk mereka kembali berkhidmat untuk negara,” ujarnya.
Tegasnya lagi, BAM mengambil keputusan sebegitu kerana enggan perkara sama berulang pada masa hadapan.
“BAM tidak mahu perkara seperti ini berlaku kerana ia akan menganggu sedikit sebanyak usaha untuk bangunkan badminton di Malaysia.
“Tapi bila perkara ini berlaku, kita kena langkah ke hadapan,” katanya.
Ridauddin Daud
Fri Jan 21 2022
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam sebarang pertandingan antarabangsa melibatkan negara berkuat kuasa 18 Januari lalu. - Gambar fail BERNAMA
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.