KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya perlu mengurangkan kebergantungan kepada jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Feb ini.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, sebaliknya berpendapat pasukan negara yang menurunkan barisan terkuat mereka harus menggunakan kelebihan pemain lain dalam usaha mencatat kejayaan membanggakan pada kejohanan di Pusat Pameran Dubai itu.
Beliau berkata pihaknya juga akan menerapkan sistem penggiliran terutamanya dalam acara perseorangan lelaki bagi memberi peluang kepada bukan sahaja Zii Jia malah seorang lagi wakil negara, Leong Jun Hao beraksi pada edisi ketiga kejohanan tersebut.
"Kita akan bincang lebih terperinci menjelang pertandingan dengan membandingkan kondisi masing-masing...ambil kira perasaan dan keyakinan diri pemain dan menghormati input mengenai sesuatu perlawanan.
"Kami dah agak pasti taruhan utama negara pada kejohanan ini tetapi tidak akan mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, pada Jumaat.
Memandangkan Zii Jia dan Jun Hao menampilkan prestasi kurang memberangsangkan menjelang BAMTC, Choong Hann, berkata pihaknya akan menggunakan kem latihan pusat pada minggu depan bagi membantu kedua-dua pemain tersebut terutamanya memperbaiki tahap kawalan bulu tangkis selain melancarkan penukaran taktik semasa di gelanggang.
"Saya fikir sekarang kedua-dua pemain ini berdepan masalah menukar taktik dengan lancar..terdapat terlalu banyak ruang yang diambil kesempatan oleh lawan untuk mengumpul mata. Aspek ini perlu diperbaiki," katanya.
Zii Jia mengalami permulaan musim 2023 yang mengecewakan selepas tersingkir awal pada tiga kejohanan disertainya bermula di Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Indonesia Masters manakala Jun Hao turut menerima nasib sama selepas ditunjukkan jalan keluar di pusingan kelayakan Thailand Masters, Selasa lepas.
Selain Zii Jia dan Jun Hao, Malaysia turut menyenaraikan Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki); Pearly Tan-M Thinaah dan Teo Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita); Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).
Pada saingan BAMTC kali ini, Malaysia,selaku pilihan keempat kejohanan, diundi dalam Kumpulan B bersama India, Kazakhstan dan UAE.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pemain Jepun Kodai Naraoka pada Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil. - Foto fail/BERNAMA

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana system pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.

Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
Pemain ranking dunia ke-28 itu tewas kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.

All England: Zii Jia tempah tiket ke separuh akhir
Lee Zii Jia meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 selepas menundukkan pemain Jepun, Kodai Naraoka sebentar tadi.

Zii Jia tempah slot suku akhir All England
Zii Jia tidak mempunyai masalah menundukkan pemain Jepun 21-15, 21-10 pada aksi pusingan kedua di Arena Utilita Birmingham.

Badminton: Zii Jia lepasi halangan pertama di All England
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya melepasi halangan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton All England 2023.

Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia
Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang ke tanah air.

'Saya sudah selesai' - Zii Jia
Hantaran di InstaStory itu menimbulkan pelbagai persoalan namun ramai peminat badminton negara percaya ia berkaitan prestasinya yang terus merudum tahun ini.

Zii Jia tersingkir di pusingan kedua Terbuka Jerman
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, masih bergelut dengan prestasi merudum apabila tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Jerman pada malam Khamis.