awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru 9 tahun, Ian Iman menang Adrenaline Fest

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
18/12/2017
10:07 MYT
Baru 9 tahun, Ian Iman menang Adrenaline Fest
Aksi Ian Iman semasa kejohanan Adrenaline Fest di Taman Cabaran Putrajaya semalam. Gambar - Bazly / @bazly_baly.
Ian Iman baru berusia sembilan tahun namun sudah mampu untuk mengalahkan pesaing-pesaing yang jauh lebih senior daripadanya dalam kejohanan papan selaju peringkat kebangsaan.
Semalam, Ian mengalahkan peserta-peserta elit papan selaju dalam kejohanan sukan lasak Adrenaline Fest di Taman Cabaran Putrajaya untuk memenangi gelaran senior pertamanya.
Ian disaran untuk tidak menyertai kejohanan ‘novice’ kerana dikatakan mampu bersaing dengan pemain-pemain senior di Malaysia.
Terbang Tinggi! Ian Iman, 9 tahun, melompat tinggi semasa kejohanan papan selaju Adrenaline Fest di Taman Cabaran Putrajaya semalam. Gambar - Bazly / @bazly_baly
Terbang Tinggi! Ian Iman, 9 tahun, melompat tinggi semasa kejohanan papan selaju Adrenaline Fest di Taman Cabaran Putrajaya semalam. Gambar - Bazly / @bazly_baly
Dia mengatasi Fikri Fauzi yang merupakan juara kategori elit bagi Liga Skateboard Komuniti yang diadakan di Putrajaya September lepas, anjuran Skateboarding Development Malaysia (SDM).
Fikri, 19 tahun terpaksa berpuas hati di tempat kedua diikuti Wan Izzat di tempat ketiga.
Bapa Ian, Nuriman Amri Abdul Manap, yang juga seorang pemain papan selaju melatih Ian sejak berusia empat tahun lagi.
Ian berlatih setiap hari di Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur bersama pemain-pemain senior yang lain.
Dalam Adrenaline Fest semalam, tiga jenis sukan dipertandingkan anjuran Perbadanan Putrajaya iaitu papan selaju, mendaki tembok tiruan (Climbing) dan basikal bukit (MTB).
Berikut keputusan lain dalam kejohanan Adrenalin Fest yang diadakan semalam.
Papan Selaju Bawah 15 Tahun (Novice) Juara - Kamal zariff Tempat Kedua - Muhd Afiq Hakeemy Tempat Ketiga - Fariel Azzuri
Papan Selaju Terbuka Juara - Ian Iman Tempat Kedua - Fikri Fauzi Tempat Ketiga - Wan Izzat
MTB XC Master Lelaki Juara - Tan Chee Yong Tempat Kedua - Mohd Edham Khalid Supian Tempat Ketiga - Asmazaidi Sanusi
MTB XC Junior Lelaki Juara - Muhammad Aidil Tempat Kedua - Muhammad Zahin Tempat Ketiga - Muhammad Zakiy
MTB XC Lelaki Terbuka Juara - Mohd Zahin Tempat Kedua -Mohd Safari Abd Malik Tempat Ketiga - Mohd Arif Che Awang
Sport Climbing Lelaki Terbuka (Pertengahan) Juara - Hafiz Bin Azmi Tempat Kedua - Mohamad Ridzuan Mat Hussin Tempat Ketiga - Muhammad Abdul Haq Mansor
Sport Climbing Wanita Terbuka (Pertengahan) Juara - Syairah Mutalip Tempat Kedua - Nurul Atikah Bt Zainal Abidin Tempat Ketiga - Nor Farhana Ali
Sport Climbing Lelaki Terbuka (14-17 tahun) Juara - Adam Shiew Jun Rong Tempat Kedua - Dzukram Alzam Mohd Zamri Tempat Ketiga - Izuddin Mohd Ismail
Sport Climbing Wanita Terbuka (14-17 tahun) Juara - Farah Norazalia Bt Ahmad Fikhurazzi Tempat Kedua - Nurin Alia Norhisham Tempat Ketiga - Farahiyah Ahmad Fikhurazzi
Sport Climbing Lelaki Bawah 13 Tahun Juara - Dzuhair Alzam Mohd Azri Tempat Kedua - Jimmy Tempat Ketiga - Saw Wen Khye
Sport Climbing Wanita Bawah 13 Tahun Juara - Hurin Zafirah Mohd Hanis Tempat Kedua - Hani Husna Nur Hanis Tempat Ketiga - Rabia hanim Bt Andri Iskandar
Saksikan tembual Ian bersama ayahnya dalam Fit Awani di bawah.
Topic Berkaitan
#adrenaline fest
#basikal bukit
#bazly baly
#Fikri Fauzi
#Ian Iman
#MTB XC
#Papan Selaju
#Putrajaya
#SDM
#Sport Climbing
#taman cabaran putrajaya
#tembok tiruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan