SHAH ALAM: Kem badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 hari ini.
Tze Yong yang diturunkan pada perlawanan pertama suku akhir menentang lawan dari Singapura Jason Teh, hanya bertahan kira-kira tiga minit sebelum terpaksa menarik diri dipercayai mengalami kecederaan belakang sekali lagi seperti dilaluinya ketika Terbuka Malaysia bulan lepas.
"Saya rasa masih ada sakit jadi belum pulih 100 peratus lagi. Pemain juga tidak mahu cedera, tidak baik. Saya cuma nak cepat sembuh sahaja," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.
Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran di Instagram rasmi persatuan memaklumkan Tze Yong dibawa menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) selepas membantu Malaysia menewaskan Brunei 5-0 pada Selasa lepas (13 Feb) belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus.
"Selepas perlawanan menentang Brunei, Tze Yong menjalani MRI yang mengesahkan bahawa beliau tidak 100 peratus cergas. Oleh itu, dia direhatkan ketika menentang Kazakhstan dan Taiwan.
"Tze Yong menjalani rawatan di hospital semalam untuk mempersiapkannya bagi menghadapi perlawanan menentang Singapura dan memastikan beliau berada dalam keadaan terbaik," menurut kenyataan itu.
Tze Yong terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia ketika ketinggalan 8-12 dalam set pertama menentang Koki Watanabe dari Jepun pada Januari.
Dalam kenyataan sama, BAM memaklumkan Zii Jia juga terpaksa direhatkan hari ini susulan tidak berada dalam keadaan sihat selepas perlawanan menentang Taiwan, semalam.
"Memandangkan Zii Jia juga tidak sihat selepas perlawanan menentang Taiwan semalam, dan dinasihatkan pakar untuk berehat kerana masalah resdung, jurulatih memutuskan untuk menurunkan Tze Yong sebagai perseorangan utama dan mengekalkan Leong Jun Hao dan Eogene Ewe sebagai perseorangan kedua dan ketiga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Tze Yong terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia sementara Zii Jia terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan sihat. - Gambar fail/Bernama
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
BATC 2024: Tze Yong tarik diri, Zii Jia tidak sihat
Kem badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada BATC 2024 hari ini.