awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain Belanda Boateng sah beraksi untuk T-Team

Bernama
Bernama
18/11/2012
08:48 MYT
Bekas pemain Belanda Boateng sah beraksi untuk T-Team
Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengikat perjanjian tiga tonggak import dalam usaha memperkuatkan skuad bola sepak T-Team bagi menghadapi Liga Super tahun depan.
Ikatan perjanjian itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Datuk Mazlan Ngah dengan tiga tonggak berkenaan pada satu majlis di Wisma Darul Iman di sini.
Tiga tonggak berkenaan ialah Peter James Butler yang dilantik sebagai jurulatih dan pengurus manakala dua lagi ialah George Boateng (pemain) dan Sebeastian Knapis jurulatih kecergasan.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Mazlan berkata kerajaan negeri mengikat mereka selama setahun dan akan menyambung lagi pada masa depan jika perlu.
Beliau berkata kerajaan negeri sedang mengintai dua lagi pemain import bagi mencukupkan tiga pemain import seperti yang dibenarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tahun depan.
"Insa Allah dua lagi pemain import yang kita perlukan itu akan diperoleh sebelum tarikh pendaftaran akhir pemain pada 6 Disember nanti," katanya.
Beliau berkata buat pertama kali T-Team melantik jurulatih kecergasan import musim ini menggambarkan bahawa keseriusan pasukan kelab itu dalam mencari kejayaan dalam liga tahun depan.
Menurut Mazlan petang ini Butler akan meneliti pemain import tempatan yang dipanggil khas untuk saringan dan pemilihan bagi membarisi skuad T-Team tahun depan.
Katanya bagi menghadapi Liga Super tahun depan T-Team bersetuju menggunakan tema 'T-Team Titens' yang menggambarkan pasukan itu gagah dan hebat.
Beliau berharap dengan logo baru yang akan digunakan oleh T-Team di samping barisan pemain import ternama akan dapat menarik minat penyokong berbanding sebelum ini.
Pasukan T-Team musim depan akan diuruskan oleh sebuah badan khas di bawah kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#Belanda
#George Boateng
#Peter James Butler
#Sebeastian Knapis
#T-Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan