awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain pertahanan Sao Paulo perkuat cabaran Sabah FC

Bernama
Bernama
30/01/2022
22:17 MYT
Bekas pemain pertahanan Sao Paulo perkuat cabaran Sabah FC
de Souza telah membuat 205 kemunculan bersama kelab yang diwakilinya dan berjaya menjaringkan sebanyak 11 gol. - Foto Facebook Sabah Football Club
KOTA KINABALU: Jackson de Souza, 31, bekas pemain pertahanan kelab terkemuka di Brazil iaitu Sao Paulo merupakan antara tiga pemain import yang diumumkan Sabah FC bagi memperkuat cabaran pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Sabah FC menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan pasukan itu turut mendapatkan dua pemain bagi posisi penyerang iaitu Altemir Cordeiro Pessoa Neto, 27, juga dari Brazil dan Taiki Kagayama, 25, dari Jepun.
Kenyataan itu menyebut de Souza mula bermain secara profesional untuk Sao Paulo dari 2008 hingga 2010 selain sembilan kelab lain di Amerika Selatan hingga tahun lepas antaranya Internacional dan Palmeiras.
"Beliau telah membuat 205 kemunculan bersama kelab yang diwakilinya dan berjaya menjaringkan sebanyak 11 gol. Kelab terakhir yang diwakilinya ialah Fortaleza Esporte Clube di Brazil," menurut kenyataan itu.
Neto pula mula bermain secara profesional bersama kelab Placidi De Castro di Brazil pada 2013 hingga tahun lepas dan menyertai sembilan kelab lain di Amerika Selatan yang menyaksikan 158 penampilan dengan 50 gol manakala kelab terakhir diwakilinya ialah Clube do Remo.
Kagayama pernah beraksi di Eropah iaitu di Finland bersama tiga kelab antara 2019 hingga 2021 dan melakukan 67 penampilan dengan 15 gol manakala kelab terakhir diwakilinya ialah FC Inter Turku.
Musim ini, Sabah mengekalkan dua pemain import iaitu pemain pertahanan Park Tae-Soo dari Korea Selatan serta pemain sayap Saddil Ramdani dari Indonesia dan dengan pengumuman tiga pemain import terbabit malam tadi, skuad The Rhinos telah melengkapkan kuota pemain importnya.
Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee sebelum ini dilaporkan berkata kehadiran ketiga-tiga pemain import Sabah FC dilihat akan membawa perubahan kepada strategi permainan yang sedang dicaturnya untuk pasukan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#Jackson de Souza
#bekas pemain Sao Paulo
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan