Bekas bintang bola sepak England, Jack Charlton yang pernah memenangi Piala Dunia 1966 disahkan dunia pada usia 85 tahun.

Kematian Charlton akibat sakit tua disahkan oleh bekas pasukannya, Leeds United, menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

“Leeds United berada dalam kesedihan selepas legenda pasukan, Jack Charlton meninggal dunia malam tadi pada usia 85 tahun kerana sakit yang sekian lama," jelas Leeds United.

Charlton dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan tenang di sisi keluarga di kediamannya yang terletak di Northumberland.

Untuk rekod, mendiang telah membuat rekod 773 penampilan bersama Leeds United dalam tempoh 23 tahun dan menjadi antara pertahanan tengah terbaik yang pernah disaksikan dalam arena bola sepak.