Malaysia meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2018 selepas mencipta kebangkitan pada suku terakhir untuk menundukkan Hong Kong 52-46 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Singapura, hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Hub Sukan Singapura, Hong Kong mendahului 17-13 pada suku pertama, 25-24 (suku kedua), 36-35 (suku ketiga) sebelum skuad negara menguasai aksi suku terakhir untuk mengakhiri saingan dengan kelebihan enam mata.
Percaturan ketua jurulatih negara, Choo Kon Lee membawa masuk tiga pemain gantian - penyerang, An Najwa Azizan, Pow Mei Foong (sayap) dan pemain pertahanan, Nur Lailatulladhwiyah Che Yahaya ternyata membuahkan hasil apabila berjaya merapatkan defisit sebelum mencipta kejayaan.
Kejayaan tersebut merupakan pencapaian sama bagi kali keenam selepas edisi 1989 di India, 2001 dan 2012 (Sri Lanka), 2009 (Malaysia dan 2014 di Singapura.
Pada edisi lepas pada 2016, Malaysia muncul juara.
Dalam pada itu, Sri Lanka pula mengekalkan rekod tanpa kalah kali ini dengan merangkul kejuaraan selepas menewaskan Singapura 69-50 pada aksi final.
Sementara itu, Choo, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Jaring Singapura, memuji anak buahnya atas persembahan cemerlang pada aksi penentuan itu.
"Mereka bermain bersungguh-sungguh untuk menebus kekalahan kepada Singapura di peringkat separuh akhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 09 2018
Antara aksi pasukan negara ketika menentang Hong Kong dalam perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat, di Singapura. - Facebook: Hong Kong Netball Association
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bola Jaring Asia: Harapan ke Piala Dunia tidak kesampaian
Impian Malaysia untuk layak ke Piala Dunia tidak kesampaian apabila tewas 41-54 dalam pertemuan separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia.
Malaysia ke pentas final bola jaring
Skuad bola jaring negara melangkah bergaya ke pentas final Sukan SEA ke-30, selepas menewaskan Brunei 64-40 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, di sini, pada Ahad.
Sukan SEA: Bola jaring Malaysia benam tuan rumah 88-25
Pemain negara menunjukkan kehebatan dan kehandalan mereka sebagai juara bertahan, dengan menang dengan jurang mata yang besar.
Bola jaring: Malaysia bangkit raih tempat ketiga terbaik Asia
Hong Kong mendahului 17-13 pada suku pertama, 25-24 (suku kedua), 36-35 (suku ketiga) sebelum skuad negara menguasai aksi suku terakhir.
An Najwa dedah rahsia kecemerlangan skuad bola jaring
Antaranya, berlatih dengan pasukan bola jaring lelaki dan menyerap 'semangat' wanita untuk menang pingat emas Sukan SEA.
Bola jaring: Siapa gerangan An Najwa, 'si cantik pemusnah' pasukan lawan
Mari berkenalan dengan An Najwa, 'goal shooter' yang memukau dengan aksi hebat di Sukan SEA.
KL2017: Kemarau emas bola jaring 16 tahun berakhir
Malaysia menang dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamalzaman.
KL2017: Bola jaring Malaysia ke final, tumpaskan Brunei
Ketangkasan skuad bola jaring negara nyata tidak mampu ditandingi oleh Brunei yang ketinggalan 21 mata di suku masa pertama sebelum cuba memberikan sedikit tentangan pada suku kedua.
Bola Jaring: Malaysia tiada masalah ke final
Menepati ramalan ramai, skuad negara yang diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali tidak berdepan sebarang masalah untuk memenangi suku pertama 25-4 sebelum menamatkan suku kedua 39-12.
Bola jaring negara sekali lagi lakar kemenangan bergaya
Menampilkan aksi tangkas dan bertenaga, skuad negara kental mempertahankan benteng gol daripada dibolosi pasukan Brunei.