awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boling padang: Pairs Wanita tambah pingat emas kelima

Bernama
Bernama
26/08/2017
10:37 MYT
Boling padang: Pairs Wanita tambah pingat emas kelima
tlet Boling Padang Wanita negara Auni Fathiah Khamis (kiri) dan Siti Zalina Ahmad bersama pingat Emas masing-masing. - Foto Bernama
Beregu boling padang wanita negara, Siti Zalina Ahmad dan Auni Fathiah Khamis ternyata 'menjadi' apabila mengetepikan cabaran sengit pasangan Brunei pada pusingan final di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara, di sini hari ini.
Skuad negara membuka langkah dengan mendahului 2-0 pada ends pertama sebelum terus menambah mata hingga ke ends ke-10, yang menyaksikan negara terus menjarakkan kedudukan 10-5.
Mendapat suntikan semangat daripada kejayaan empat pungutan emas rakan sepasukan sebelum ini, beregu negara terus mengekalkan momentum dengan menambah tiga mata pada ends ke-13 menjadikan mata 14-7.
Brunei yang diwakili Esmawandy Brahim dan Dk Nurul Nabilah Pg Md Salleh Chuchu cuba bangkit untuk menambah mata pada ends ke-12 namun beregu itu gagal untuk mengejar dengan jarak kedudukan 15-8 apabila skuad negara sering menambah satu mata pada setiap ends sehingga tamat perlawanan.
Rezeki pingat emas sekali lagi memihak kepada beregu negara apabila menamatkan perlawanan dengan mata 17-10 sekali gus menjadikan lima pingat emas dan satu perak bagi acara itu setakat ini.
Dalam acara yang disertai empat negara itu, pingat gangsa menjadi milik Filipina.
Bagi Siti Zalina, kutipan emas kelima itu merupakan bonus untuk kontinjen boling padang sekali gus mengangkat martabat acara itu di mata masyarakat negara ini.
Mengulas mengenai perlawanan, beliau bersama rakan regunya Auni Fathiah bermain secara taktikal selain mengawal perasaan gemuruh walaupun mata yang diperoleh jauh meninggalkan pasukan lawan.
"Kami rasa lega, sasaran empat pingat emas diperoleh dan ini yang kelima untuk acara boling padang. Ini adalah pencapaian membanggakan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Merupakan pemegang pingat emas Sukan Komanwel Manchester (2002), Sukan Komanwel Melbourne 2006, pingat perak Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand serta pingat emas World Champion of Champions (2015 dan 2016), Siti Zalina mahu rakan sepasukan yang akan bertanding esok agar mengekalkan momentum permainan sedia ada.
Hadir menyempurnakan majlis penyampaian pingat adalah adik kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pangeran Jefri Bolkiah.
Dua lagi pingat emas bakal ditawarkan esok dalam acara single lelaki negara menentang Singapura manakala single wanita menentang Brunei di lokasi sama pada 9 pagi dan 2.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Auni Fathiah Khamis
#boling padang
#pingat emas
#SEA Games
#Siti Zalina Ahmad
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan