awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bolt tidak terfikir kembali ke balapan

Astro Arena
Astro Arena
10/09/2021
03:12 MYT
Bolt tidak terfikir kembali ke balapan
Bolt masih lagi pemegang rekod dunia bagi 100 meter, 200m dan 4x100m menyaksikan dia meraih lapan pingat emas Sukan Olimpik. - Foto fail/REUTERS
JUARA Olimpik lapan kali, Usain Bolt, tidak memikirkan untuk kembali ke pentas olahraga walaupun berasakan godaan untuk membuat penampilan semula.
Bolt menamatkan karier di balapan pada 2017, mengambil keputusan untuk bersara pada usia 31 tahun selepas mengalami siri kecederaan hamstring, salah satunya menjejaskan penampilan terakhir dalam saingan Kejohanan Dunia 2017.
Walaupun ia bukanlah penutup yang diinginkan, Bolt masih lagi pemegang rekod dunia bagi 100 meter, 200m dan 4x100m menyaksikan dia meraih lapan pingat emas Sukan Olimpik.
Ogos 2018, Bolt memulakan latihan dengan kelab bola sepak Australia, Central Coast Mariners dan dia menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan sebelum ditawarkan kontrak, yang sebahagiannya akan dibiayai oleh Liga-A.
Dia akhirnya meninggalkan Mariners pada bulan November dan menyatakan dua bulan kemudian bahawa dia sudah selesai dengan semua sukan - walaupun terfikir tentang melakukan pusingan U kembali ke balapan pada tahun 2019.
Ketika ditanya apakah dia sedang mempertimbangkan untuk kembali pada usia 35 tahun, Bolt mengatakan kepada BBC Sport: "Sudah terlambat. Sekiranya saya akan kembali, sudah semestinya untuk Olimpik ini.
"Ketika saya memberitahu jurulatih saya, saya akan bersara, dia membuat saya duduk dan berkata, 'apabila anda bersara, itu saja. Saya tidak akan melakukan penampilan semula, tidak ada apa-apa. Jadi, pastikan anda bersedia untuk bersara'.
"Saya ingat saya pergi kepadanya pada tahun 2019 dan berkata, 'apa pendapat anda tentang kembali ke Olimpik?' Dan dia memandang saya dan berkata, 'jangan mulakan perbualan ini'.
"Jadi, jika bukan jurulatih saya, saya tidak akan melakukannya, kerana saya percaya kepadanya dan jika dia mengatakan tidak, tidak - tetapi keinginan itu mula hadir."
Topic Berkaitan
#Usain Bolt
#olahraga
#Olimpik
#balapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan