KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Jumaat.
Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 218kg pada percubaan ketiga, menurut laman sesawang World Para Powerlifting www.paralympic.org/powerlifting.
Pada percubaan pertama, atlet berusia 24 tahun kelahiran Sarawak itu berjaya melakukan angkatan seberat 210kg, diikuti 216kg pada percubaan kedua dalam kejohanan itu
Persaingan antara 11 peserta pada kejohanan berkenaan menyaksikan atlet dari Great Britain, Mark Swan melakukan angkatan 213kg dan Hu Peng (211kg) dari China masing-masing meraih perak dan gangsa.
Ini merupakan pingat emas ketiga Bonnie dalam kejohanan berprestij itu selepas memenanginya pada dua edisi pada 2021 masing-masing di Dubai dan Bangkok, Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 218kg pada percubaan ketiga. - Gambar fail/Bernama
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Bonnie raih emas Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai
Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2024 di Dubai.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Sukan Para Asia 2022: Bonnie mahu lunaskan misi emas di Hangzhou
Penampilan keduanya di temasya tersebut adalah peluang baginya memperbaiki pencapaian pada edisi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Bonnie pecah rekod dunia lagi
Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini.
Sukan Komanwel: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Bonnie
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.
Kejayaan Bonnie rangkul emas di Birmingham banggakan negara - Ismail Sabri
Menerusi catatan di Facebook, Ismail Sabri mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting itu.
Bonnie tepati ramalan, raih emas keempat Malaysia di Birmingham
Atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia memenangi acara tersebut di temasya sukan berkenaan.
Bonnie jangka atlet India, Nigeria pencabar utama di Birmingham
Bonnie menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya.
Sukan Komanwel: MPM optimis Bonnie gegar Birmingham
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini meletakkan sasaran tujuh emas untuk dibawa pulang kontinjen negara di Birmingham nanti.