awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bonnie raih emas Kejohanan Terbuka Asia Oceania

Bernama
Bernama
17/06/2022
15:04 MYT
Bonnie raih emas Kejohanan Terbuka Asia Oceania
Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan, hari ini. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan, hari ini.
Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu berjaya meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 213kg pada percubaan ketiga, menurut laman sesawang World Para Powerlifting www.paralympic.org/powerlifting.
Pada percubaan pertama, atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak itu berjaya melakukan angkatan seberat 203kg, diikuti 209kg pada percubaan kedua dalam kejohanan itu yang merupakan antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.
Persaingan antara enam peserta pada kejohanan itu menyaksikan atlet dari China, Hu Peng melakukan angkatan 200kg dan Bekzod Jamilov (180kg) dari Uzbekistan masing-masing meraih perak dan gangsa.
Bonnie sebelum ini meraih emas Kejohanan Powerlifting Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, Disember lepas dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaguh powerlifting
#Bonnie Bunyau Gustin
#emas
#Kejohanan Terbuka Asia Oceania
#Pyeongtek
#Korea Selatan
#Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan