BERBAKI 52 hari sebelum atlet terbaik dunia bersaing merebut kegemilangan pada Sukan Olimpik, Brazilian Mint pada Selasa, memperkenalkan pingat untuk Sukan Olimpik Rio de Janeiro.
Menurut laman web rasmi Sukan Olimpik Rio de Janeiro, www.rio2016.com, sejumlah 2,488 pingat telah dihasilkan melibatkan 812 pingat emas, 812 perak dan 864 gangsa.
"Hari ini menandakan permulaan detik kiraan terakhir untuk Sukan Olimpik pertama yang akan dianjurkan di Amerika Selatan," kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, yang turut hadir pada majlis pelancaran itu di Barra Olympic Park, seperti dipetik dalam laporan berita.
Mengandungi reka bentuk yang meraikan hubungan antara kehebatan wira Olimpik dan kekuatan alam semula jadi, pingat emas, perak dan gangsa seberat 500 gram itu diperbuat agar dekat dengan hati mereka.
"Atlet yang menaiki podium di Rio akan menerima pingat diperbuat daripada emas yang telah diekstrak tanpa menggunakan merkuri dan dihasilkan mengikut kriteria ketat, daripada awal perlombongan sehingga ke reka bentuk produk akhir.
"Pingat perak dan gangsa dihasilkan menggunakan 30 peratus bahan kitar semula. Separuh daripada plastik dalam reben yang akan digunakan untuk kalungan pingat di leher atlet adalah daripada botol plastik dikitar semula. Bahan bulat yang memegang pingat dibuat daripada kayu freijó yang disahkan oleh Majlis Pengawasan Hutan (FSC)," menurut laman web itu.
Reka bentuk yang menampilkan daun laurel - simbol kemenangan di zaman purba Greece dalam bentuk lingkaran bunga, dianugerahkan kepada pemenang acara - di sekeliling logo Olimpik Rio 2016.
Sementara pingat Sukan Paralimpik memaparkan inovasi khas, yang mempunyai peranti kecil dalam pingat yang akan berbunyi apabila pingat itu digoncang, membolehkan atlet cacat penglihatan tahu jika mereka memenangi pingat emas, perak atau gangsa.
Turut diperkenalkan pada majlis di Future Arena itu adalah podium yang diperbuat daripada bahan-bahan organik dan meraikan sifat tropika negara Brazil, manakala dulang pingat diperbuat daripada kayu Curupixá.
Pakaian seragam penyampai pingat, yang diilhamkan oleh keindahan alam semula jadi dan dihasilkan pereka berpangkalan di Rio, Andrea Marques, juga diperkenalkan pada majlis itu.
Bernama
Wed Jun 15 2016

Inilah reka bentuk pingat yang menjadi rebutan kesemua atlet dunia yang bertanding di Sukan Olimpik Rio kali ini. - Foto: www.rio2016.com

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.