awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil pertahan kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA

Bernama
Bernama
12/05/2025
08:43 MYT
Brazil pertahan kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA
Brazil memenangi kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA buat kali ketujuh pada Ahad. - Gambar/ FB FIFA World Cup
ANTANANARIVO: Brazil memenangi kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA buat kali ketujuh pada Ahad setelah menewaskan Belarus 4-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan pada edisi 2025 kejohanan itu, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Brazil memenangi kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA buat kali ketujuh setelah menewaskan Belarus 4-3 dalam perlawanan akhir.
  • Belarus bangkit untuk menyamakan kedudukan 3-3, tetapi Brazil memastikan kemenangan dengan jaringan Rodrigo pada saat-saat akhir.
  • Portugal meraih tempat ketiga selepas menewaskan Senegal 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Juara bertahan itu menguasai permainan di Victoria, Seychelles sejak dari awal apabila mendahului 3-1 pada babak kedua hasil gabungan kemahiran teknikal dan ketajaman serangan.
Belarus, yang buat kali pertama mara ke pentas akhir Piala Dunia, bangkit dengan semangat juang tinggi apabila penyerang Ihar Bryshtsel menjaringkan dua gol pada pertengahan babak terakhir untuk menyamakan kedudukan 3-3.
Namun, ketika perlawanan berbaki 101 saat, pemain Brazil, Rodrigo memastikan kemenangan pasukannya menerusi jaringan kedua peribadi untuk memecah kebuntuan dan mengesahkan kejuaraan.
Terdahulu, Portugal meraih tempat ketiga selepas menewaskan Senegal 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.
Kejohanan 2025 itu menandakan kali pertama Seychelles menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak Pantai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Bola Sepak Pantai
#FIFA
#Juara
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami