KUALA LUMPUR: Cabaran beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia berakhir hari ini.
Impian beregu ranking nombor 12 dunia itu untuk mara dalam final pertama kejohanan utama disertai mereka punah selepas ditundukkan beregu nombor tujuh dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Arena Axiata, di sini hari ini.
Pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2019 Fajar-Muhammad Rian yang mendahului sejak awal permainan mengekalkan kelebihan mereka untuk menamatkan set pertama 21-14.
Juara Terbuka Jerman 2022 Sze Fei-Nur Izzudin yang menerima sorakan bersemangat daripada 10,000 penyokong tempatan cuba bangkit dalam set kedua tetapi Fajar Muhammad Rian memastikan slot ke final milik mereka dengan memenangi set kedua 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung selama 37 minit.
Ia merupakan kekalahan keenam mereka daripada tujuh perlawanan dengan pasangan Indonesia itu.
"Mental kami memang tak cukup (kuat)," kata Nur Izzuddin yang kecewa dengan keputusan hari ini sambil menambah mereka boleh melakukannya dengan lebih baik dalam perlawanan itu.
Sementara itu, Sze Fei berkata:" Kita terlalu memikirkan tentang kekuatan lawan berbanding kelebihan sendiri. Ini bukan hari kami."
Dalam perlawanan suku akhir semalam, beregu Malaysia itu mengalahkan Juara Terbuka Indonesia yang baru dimahkotakan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China.
Kali terakhir beregu Malaysia muncul juara kejohanan ini ialah menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah dalam edisi 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Impian beregu ranking ke-12 dunia itu untuk mara dalam final pertama kejohanan utama disertai mereka punah selepas ditundukkan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024
Beliau yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia
Chan Peng Soon-Cheah Yee See jadi wakil terakhir negara mara ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen.
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan
Zii Jia berlatih bersama Toma Junior Popov dan Christo Popov bagi mendapatkan pengalaman berdepan pemain dengan corak permainan berbeza.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.