PRESTASI keseluruhan pemain badminton negara disifatkan berada pada tahap membimbangkan susulan pencapaian tidak memuaskan dalam empat kejohanan awal tahun ini.
Bekas pemain negara, Muhammad Hafiz Hashim berkata, sesuatu perlu dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk pemain negara bangkit sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.
“Bagi saya memang membimbangkan sebab kita terlalu berharap kepada pemain tertentu sahaja dalam setiap kejohanan. Setiap kejohanan kita hanya hantar Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong untuk perseorangan lelaki.
“Bila mereka kalah, habislah kita. Sepatutnya pemain lain boleh jadi 'back up' apabila pemain harapan kalah. Tengok masa Terbuka Malaysia, main suku akhir semua kalah. Terbuka Thailand pun hanya Tze Yong mampu sampai suku akhir.
“Sepatutnya dalam empat kejohanan ini kita sudah mampu untuk ada kejuaraan sekurang-kurangnya satu. Awal-awal pun sudah tidak ada kejuaraan. Negara lain macam Thailand, Denmark sudah ada satu kejuaraan. Lama-lama kita akan terus ketinggalan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Untuk rekod, saingan Terbuka Malaysia yang berlangsung pada Januari menyaksikan pasukan negara hanya mampu mara ke peringkat suku akhir menerusi beregu campuran, Cheng Tang Jie dan Toh Ee Wei selain beregu lelaki Ong Yew Sin Teo Ee Yi.
Terbuka India pula menyaksikan juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di pusingan separuh akhir kepada wakil China, manakala di Indonesia Masters gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah hanya mara ke saingan separuh akhir.
Prestasi semasa pemain negara juga menimbulkan kebimbangan, apatah lagi dalam usaha mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam pada itu, Muhammad Hafiz menyambut baik penubuhan Panel Penasihat Teknikal Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang melantik bekas pemain negara menganggotai panel tersebut.
Menurutnya, ia satu langkah positif untuk menaikkan kembali prestasi pasukan badminton terutama tumpuan kepada pemain muda negara.
“Tetapi, bagi saya semua panel penasihat ini perlu berada bersama jurulatih dan bukan hanya masuk mesyuarat. Sekurang-kurangnya mereka boleh bersama melihat dengan lebih dekat apa kekurangan yang boleh diperbaiki pasukan.
“Namun, saya melihat penubuhan panel ini sesuatu yang positif dengan BAM keluar daripada zon selesa mereka dan bersedia mendengar kritikan daripada panel penasihat ini,” katanya.
Panel Penasihat Teknikal ABM itu akan terdiri daripada bekas pemain iaitu Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek, Datuk Cheah Soon Kit, Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock.
Ia akan dipengerusikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selain turut dianggotai Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ahmad Faedzal Md Ramli, Datuk Teoh Teng Chor, Datuk Ng Chin Chai, Datuk Kenny Goh dan Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.
Panel Penasihat Teknikal itu yang bermesyuarat setiap tiga bulan, akan menilai prestasi pemain serta jurulatih dan jika perlu mencadangkan perubahan dalam dasar, program latihan dan penyertaan kejohanan dalam bentuk pengesyoran kepada lembaga pemegang amanah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 05 2023

Muhammad Hafiz menyambut baik penubuhan Panel Penasihat Teknikal ABM yang disifatkan satu langkah positif untuk menaikkan kembali prestasi pasukan badminton. - Foto Sinar Harian

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Prestasi Jun Hao bimbangkan BAM
Prestasi terumbang-ambing perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao membimbangkan BAM apatah lagi beliau diletakkan sebagai prospek emas di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja Mei ini.

Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.

All England 2023 fokus utama Aaron-Wooi Yik
Mereka akan jadikan kejohanan Terbuka Jerman sebagai medan persediaan untuk tampil lebih meyakinkan pada All England.

BAMTC: Rexy mungkin pecahkan gandingan sedia ada
Rexy perlu melihat tahap kesediaan dan kondisi para pemain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut memecahkan gandingan sedia ada di Dubai.

Hannah kecam ucapan berbaur perkauman bekas pemain pelapis BAM
Walaupun bekas pemain tersebut telah meminta maaf, Hannah sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataannya.

'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.

BAMTC: Kurangkan kebergantungan kepada Zii Jia
Pasukan negara yang menurunkan barisan terkuat mereka harus menggunakan kelebihan pemain lain dalam usaha mencatat kejayaan membanggakan.

Panel penasihat teknikal BAM dianggotai 7 bekas pemain kebangsaan
BAM menubuhkan sebuah panel penasihat teknikal terdiri daripada tujuh bekas pemain badminton kebangsaan dan tujuh eksekutif sukan, bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara.

BAMTC: BAM sasar mara ke separuh akhir
Jones juga berharap untuk melihat skuad negara mengungguli Kumpulan B yang turut dianggotai India, Kazakhstan dan tuan rumah, UAE.

BAM akan ketengah pemain kebangsaan, profesional pada Kejohanan BAMTC, Piala Sudirman
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar gabungan pemain kebangsaan dan profesional untuk bertanding dalam dua kejohanan bagi acara berpasukan campuran tahun ini.