awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan

Bernama
Bernama
13/03/2025
03:20 MYT
Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Zii Jia mengalami kecederaan di Jelajah Akhir BWF Dunia pada Disember tahun lepas, namun masih menyertai Kejohanan All England. - Foto BAM
KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss yang dijadualkan berlangsung di Basel Switzerland, minggu hadapan.
Menurut kenyataan dikeluarkan di media sosial oleh Team LZJ hari ini, pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.
"Team LZJ boleh sahkan bahawa Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Swiss di Basel disebabkan kecederaan buku lali kanannya.
"Zii Jia akan mendapatkan rawatan selanjutnya sebelum sebarang pengumuman mengenai rancangan kejohanan yang akan disertainya dibuat," menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, Zii Jia mengalami kecederaan di Jelajah Akhir BWF Dunia pada Disember tahun lepas, namun masih menyertai Kejohanan All England.
Bagamamanapun pemain nombor lapan dunia itu tersingkir awal daripada All England selepas kalah kepada pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long 16-21, 12-21, pada pusingan pertama, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Swiss
#Lee Zii Jia
#cedera
#badminton
#ligamen buku lali cedera
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan