Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahu Harimau Malaya bersedia menghadapi perlawanan sengit pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada September ini.
Malaysia memulakan kempen dengan langkah kanan apabila memperoleh dua kemenangan besar terhadap Timor Leste 7-1 dan 5-1 dalam aksi pertama dan kedua saingan playoff di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, peringkat pusingan kedua merupakan satu lagi saingan sengit kerana 40 pasukan yang layak termasuk kuasa-kuasa besar bola sepak Asia seperti Qatar, Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan bersaing untuk mendapatkan 12 tempat pada pusingan ketiga dan slot automatik ke Piala Asia 2023.
Walaupun Cheng Hoe dan anak buahnya telah melakukan sehabis baik setakat ini, jurulatih berusia 51 tahun itu percaya pasukannya masih perlu bekerja keras dan bersedia untuk menghadapi cabaran daripada gergasi Asia.
"Kita akan jumpa pasukan lebih kuat dan jauh lebih baik daripada kita pada pusingan kedua September ini. Saya mahukan semua pemain bersedia dari sekarang kerana peringkat seterusnya bukan mudah.
"Kemungkinan besar kita akan diundi bersama negara seperti Iran, Jepun dan Qatar. Pemain kena sedia terima tekanan yang lebih tinggi dan kuat sekiranya berhadapan negara-negara itu," katanya pada sidang media praperlawanan Malaysia-Timor Leste, semalam.
Malaysia menduduki tempat keempat di belakang juara Arab Saudi, UAE dan Palestin dalam Kumpulan A pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.
Sementara itu, Cheng Hoe berkata tiada seorang pemain pun ketika menentang Timor Leste yang dijamin tempat untuk beraksi pada September ini kerana beliau ingin membentuk pasukan yang kukuh.
"Tiada jaminan 30, 25 atau 23 pemain yang dipanggil bersama skuad negara kali ini akan kekal bersama pasukan. Dalam menyiapkan pasukan menghadapi pusingan kedua, kita akan memantau prestasi semua pemain dalam liga dari semua segi," tambahnya.
Mengenai kejayaan membenam Timor Leste, Cheng Hoe gembira dengan prestasi pasukannya dan menyifatkan bahawa Harimau Malaya sepatutnya bermain begitu sejak Piala AFF 2018.
"Saya fikir sejak Piala AFF, kini kita bermain seperti yang sepatutnya...lebih banyak membuat keputusan di gawang gol, pemain lebih tenang dan kita tidak memberi banyak peluang kepada lawan untuk menjaringkan gol. Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.
"Saya berharap pemain akan lebih banyak belajar pada masa hadapan," katanya.
Bernama
Wed Jun 12 2019
Walaupun Cheng Hoe dan anak buahnya telah melakukan sehabis baik setakat ini, jurulatih berusia 51 tahun itu percaya pasukannya masih perlu bekerja keras dan bersedia untuk menghadapi cabaran daripada gergasi Asia. foto-BERNAMA
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.