KUALA LUMPUR: Menjelang pertembungan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun ini, ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe mengakui kelebihan berpihak kepada pasukan di kedudukan ke-74 dunia itu.
Katanya, segalanya termasuk dari segi cuaca dan masa, memihak kepada UAE yang dipilih sebagai tuan rumah untuk baki saingan pusingan kedua Kumpulan G kelayakan itu.
Malah, pengendali berusia 52 tahun itu berkata UAE turut dilihat begitu serius dalam memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas mengharungi lima aksi persahabatan dalam tempoh enam bulan sejak Oktober lepas dan memenangi dua perlawanan serta mencatat satu keputusan seri.
Mengakui UAE berada di hadapan dalam aspek persediaan, Cheng Hoe menyedari sebagai jurulatih, tugas beliau adalah sentiasa memikirkan idea terbaik dalam menyediakan pasukan terkuat walaupun dengan sumber terhad.
"Bukan saya mahu bagi alasan, tetapi memang faktor sekeliling berpihak kepada UAE. Sebab itu saya tekankan persiapan pasukan kebangsaan cukup penting," katanya kepada Bernama.
Tatkala UAE serta dua lagi pasukan, Vietnam dan Thailand yang turut beraksi pada kempen kelayakan itu telah melakukan persiapan lebih awal, skuad Harimau Malaya baru selesai menjalani kem latihan pusat pertama dalam tempoh 16 bulan di Johor Bahru, baru-baru ini.
Menurut Cheng Hoe, biarpun Vietnam tidak mengadakan sebarang aksi persahabatan antarabangsa, skuad kendalian Park Hang-Seo itu telah menjalani tiga hingga empat kem latihan pusat, selain aksi pemanas badan menentang beberapa kelab tempatan.
Selain itu, menurutnya, Thailand turut mempersiapkan pasukan dengan cara tersendiri termasuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan.
"Kita menyedari rakyat Malaysia terutama penyokong tempatan mempunyai harapan tinggi, malah saya bersama barisan kejurulatihan dan pemain pun ingin cipta sesuatu pada kempen ini kerana kita tahu ini peluang terbaik untuk pergi (mara) ke pusingan ketiga.
"Cuma kita baru adakan kem latihan selama seminggu di Johor dan sebagai jurulatih saya pun tak nak bagi alasan kerana kita tahu SOP (prosedur operasi standard) cukup ketat untuk sektor sukan, kerana itu kita tidak dapat jalankan latihan," katanya.
Malaysia yang berada di ranking ke-153 dunia akan menentang UAE pada 3 Jun sebelum berdepan pendahulu Kumpulan G, Vietnam (11 Jun) dan menutup kempen kelayakan menentang Thailand pada 15 Jun.
Juara setiap kumpulan dan empat pasukan di kedudukan kedua terbaik akan layak secara automatik ke Piala Asia 2023 dan pusingan ketiga kempen kelayakan untuk bersaing memburu slot ke Piala Dunia 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Cheng Hoe menyedari sebagai jurulatih, tugas beliau adalah sentiasa memikirkan idea terbaik dalam menyediakan pasukan terkuat walaupun dengan sumber terhad. - Gambar fail

Kluster COVID-19 Pendidikan | PDP di sekolah atau PDP di rumah?
Situasi jangkitan COVID-19 di sekolah ketika ini dilihat membimbangkan, dengan semakin banyak sekolah ditutup dan puluhan kluster pendidikan direkodkan. Menjadi kebimbangan buat ibu bapa ketika ini adakah sekolah itu tempat yang selamat buat anak-anak mereka. Bersama kami ketika ini ialah Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock untuk membincangkan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk.

COVID-19 | Tidak patut guna dana KWAN bagi belanja vaksin
Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi Kebangsaan. Menurut Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid dipetik laporan Sinar Harian memaklumkan, dana berkenaan adalah untuk digunakan oleh generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

Ramadan 2021 | Raja Abdullah II bebaskan 16 tahanan
Jordan membebaskan 16 tahanan yang didakwa atas tuduhan konspirasi berkaitan dengan bekas Putera Mahkota. Kesemua tahanan dibebaskan dengan atas perintah Raja Abdullah Kedua sempena bulan suci, Ramadan.

Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.

PM mahu KPDNHEP, agensi berkaitan pantau kenaikan harga barang
Kerajaan perlu pastikan aktiviti tidak beretika yang membebankan pengguna dapat dibanteras dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Pengganggur mengaku tidak bersalah pukul penghantar makanan dengan penukul besi
Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.
![[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas [TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901186/32574879411619151712646_640x360.jpg)
[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak, beliau menjangkakan isu tersebut menjadi lebih kritikal.

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.

13 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran hospital
Saksi kejadian melaporkan terdengar bunyi letupan pada unit penyaman udara di unit rawatan rapi (ICU) sebelum kebakaran bermula.

Kerajaan Sabah beri bantuan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam
Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2021 kepada penjawat awam negeri berjumlah RM500.

Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda
Aidil kagum dengan corak permainan berkualiti tinggi dimiliki beberapa pemain muda seperti Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium iaitu K.V. Kortrijk.

FAM akan pastikan pemain kebangsaan di luar negara disuntik vaksin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berusaha untuk memastikan barisan pemain yang sedang mewakili kelab luar mendapat suntikan vaksin COVID-19 sebelum ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.

Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.

Hamidin ketuai kontinjen FAM terima suntikan vaksin COVID-19
Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe dan kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak juga antara 78 individu terawal daripada FAM yang menerima suntikan vaksin hari ini.

Cheng Hoe lega dengan pindaan jadual Liga-M 2021
Cheng Hoe sangat gembira dan berterima kasih kepada MFL yang mempertimbangkan permohonan pihaknya untuk meminda kalendar Liga-M 2021.

Cheng Hoe waspada kelebihan dimiliki UAE
Segalanya termasuk dari segi cuaca dan masa, memihak kepada UAE yang dipilih sebagai tuan rumah untuk baki saingan pusingan kedua Kumpulan G kelayakan itu.

Tiga pemain badminton para negara menang di Dubai
Pemain badminton paralimpik negara memenangi tiga gelaran di kejohanan Antarabangsa Badminton Para Fazza-Dubai di Emeriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

Harimau Malaya perlukan 12 hari sebelum jumpa UAE
Tan Cheng Hoe berharap dapat menyediakan pasukan lebih awal, menjelang baki saingan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Jun ini.

Warna-warni berita dan isu jadi tumpuan sepanjang Mac 2021
Akhirnya kita berjaya melalui pelbagai kisah menarik yang berlaku di negara melibatkan isu-isu semasa, politik, jenayah, hiburan, sukan dan luar negara sepanjang 31 hari, bulan ini.

COVID-19: Arab Saudi, UAE perluas program vaksinasi
Menurut Riyadh, Kementerian Kesihatan akan mula memberi suntikan kepada individu berusia 16 tahun ke atas menggunakan vaksin Pfizer.