KUALA LUMPUR: Legenda badminton tanah air Datuk Lee Chong Wei berharap Lee Zii Jia dapat mengekalkan momentum semasanya yang membantu pemain muda itu merangkul kejuaraan All England malam tadi.
Chong Wei percaya kejayaan Zii Jia menundukkan juara bertahan Viktor Axelsen dari Denmark, 30-29, 20-22, 21-9 selepas bertarung selama 74 minit pada kejohanan badminton tertua dunia di Utilita Arena, Birmingham itu akan membuka mata pemain lain.
Namun, menurut juara All England sebanyak empat kali itu, paling penting ialah kemenangan tersebut akan memberikan suntikan semangat yang amat diperlukan oleh Zii Jia selepas mempamerkan prestasi hambar dalam beberapa kejohanan sebelum ini.
"Saya kagum melihat permainan hebat beliau semasa menentang Axelsen apabila mempamerkan serangan yang padu dan masih mampu bertahan dengan baik setiap kali pemain Denmark itu membuat serangan.
"Saya lihat keyakinan Zii Jia bertambah selepas beliau mengejutkan pemain nombor satu dunia Kento Momota dari Jepun pada suku akhir dan gembira melihat beliau dapat mengekalkan momentumnya untuk menyingkirkan Axelsen pada final," katanya kepada Bernama hari ini.
SUKAN-BADMINTON (CHONG WEI) 2 KUALA LUMPUR
Dalam pada itu, ikon badminton berusia 38 tahun tersebut menasihati Zii Jia agar bersabar serta kekal bertenang ketika menghampiri mata kemenangan selepas pemain berkenaan yang mendahului 18-14 pada set kedua membenarkan Axelsen mengejar mata sebelum bingkas untuk menang 22-20.
Bagaimanapun Chong Wei yakin anak jati Alor Setar berusia 22 tahun itu akan lebih matang pada masa depan, khususnya untuk mengharungi temasya Olimpik Tokyo di Jepun pada Julai ini.
"Saya pasti jurulatihnya Hendrawan dan Datuk Tey Seu Bock akan memberikan latihan yang lebih sukar untuknya sebagai persediaan menghadapi Olimpik," kata Chong Wei yang merupakan Chef-de-Mission Malaysia ke Olimpik Tokyo.
Pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali itu juga mengakui berasa bangga apabila melihat pemain berusia 22 tahun tersebut menjulang trofi kejuaraan berkenaan yang kali terakhir dimenangi Malaysia pada 2017 menerusi beliau sendiri.
"Kejayaan menjuarai All England merupakan satu legasi walaupun ada orang menganggap kejohanan itu hanya pertandingan biasa, tidak ada yang istimewa," tambahnya.
SUKAN-BADMINTON (CHONG WEI) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Mengenai prestasi pemain lain, Chong Wei berkata beliau gembira melihat permainan bakat-bakat muda, khususnya beregu wanita yang meningkat naik Pearly Tan-M. Thinaah yang membuat kemunculan pertama di Birmingham namun berjaya menamatkan saingan di peringkat suku akhir.
"Saya harap kesemua mereka tidak akan mengalami sebarang kecederaan selepas ini selain dapat mengekalkan semangat juang yang tinggi," katanya
Pasangan beregu itu yang baru sahaja menjuarai Terbuka Swiss menyasarkan untuk ke separuh akhir kejohanan tersebut namun dihampakan oleh beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 12-21, 22-20, 16-21.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
Datuk Lee Chong Wei berharap Lee Zii Jia dapat mengekalkan momentum semasanya. - Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.