Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran keenam Siri Super Terbuka Jepun 2016 selepas dengan mudah melangkah ke final di Tokyo.
Pada saingan separuh akhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini, Chong Wei menempah tiket final dalam masa 42 minit selepas menyingkirkan pemain utama Jerman, Marc Zwiebler 21-14 dan 21-15.
Chong Wei, yang juga pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, akan mempertahankan gelarannya apabila menentang pemain pilihan ketiga, Jan O Jorgensen pada final esok,
Pemain utama Denmark itu turut mara ke final selepas membenam pemain Korea Selatan, Son Wah Ho dalam straight set 21-14 dan 21-19 pada satu lagi saingan separuh akhir.
Sebagai rekod, Chong Wei telah menjuarai Terbuka Jepun sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2010, 2012, 2013 dan 2014.
Dalam pada itu, beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, bagaimanapun, gagal mara ke final pada kejohanan bernilai US$300,000 (RM1.23 juta) itu.
Pasangan negara itu tewas kepada beregu pilihan utama, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dari Korea Selatan 21-14 dan 21-18 pada perlawanan separuh akhir.
Gandingan Korea itu akan menentang pasangan pilihan ketujuh, Zheng Siwei/Chen Qingchen selepas pasangan China itu mengejut pasangan senegara dan pilihan keenam, Lu Kai/Huang Yaqiong 21-11 dan 21-19 pada satu lagi perlawanan separuh akhir.
Bernama
Sat Sep 24 2016
Chong Wei menempah tiket final dalam masa 42 minit selepas menyingkirkan pemain utama Jerman, Marc Zwiebler 21-14 dan 21-15. -Gambar fail
X ubah ciri 'block', komen masih boleh dibaca
CIRI block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
KPM sedar sistem pendidikan berdepan krisis
Semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa sistem Pendidikan negara sedang berdepan dengan krisis.
Lebih 500,000 pelajar Sabah nikmati manfaat pembaikan sekolah daif
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu
Chong Wei mara ke final, hampiri gelaran keenam Terbuka Jepun
Chong Wei menempah tiket final dalam masa 42 minit selepas menyingkirkan pemain utama Jerman, Marc Zwiebler 21-14 dan 21-15.