awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei percaya kemampuan Harimau Malaya muncul juara

Bernama
Bernama
09/12/2018
21:22 MYT
Chong Wei percaya kemampuan Harimau Malaya muncul juara
CHONG WEI: "Sebagai rakyat Malaysia, kita semua memang mahu lihat Harimau Malaya menang. Begitu juga dengan saya." - Astro AWANI/Shahir Omar
Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan muncul juara Piala AFF Suzuki 2018.
Pemain berusia 36 tahun yang telah mengecapi banyak kejayaan gemilang di pentas antarabangsa berkata sebagai rakyat Malaysia beliau mahu skuad kendalian Tan Cheng Hoe mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2010.
Beliau turut mengakui mengikuti rapat perkembangan skuad Harimau Malaya dan sering menonton perlawanan sejak saingan peringkat kumpulan.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita semua memang mahu lihat Harimau Malaya menang. Begitu juga dengan saya.
"Saya selalu menonton perlawanan mereka (Harimau Malaya) di rumah. Bermula dari peringkat kumpulan sehingga perlawanan separuh akhir menentang Thailand," katanya kepada pemberita selepas menandatangani kontrak bersama 100Plus di sini, pada Jumaat.
Beliau juga berhasrat untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam, Selasa ini.
"Saya harap saya dapat peluang untuk saksikan perlawanan akhir itu nanti," tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Bukit Jalil
#Chong Wei
#Harimau Malaysia
#Lee Chong Wei
#Piala AFF
#rakyat Malaysia
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan