Costa Rica berjaya menempah tiket ke suku akhir buat pertama kali dalam sejarah apabila menewaskan Greece menerusi sepakan penalti, 5-3 setelah terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Perlawanan Piala Dunia 2014 pusingan kedua di antara kedua-dua pasukan itu berlangsung di Arena Pernambuco, Recife pagi tadi.

Pertembungan tersebut berlarutan hingga ke masa tambahan selepas mereka terikat dengan keputusan seri selepas minit ke-90.

Separuh masa pertama permainan kelihatan agak hambar dengan tiada serangan agresif yang dilancarkan kedua-dua pasukan.

Konstantinos Mitroglou (up L) of Greece in action against Giancarlo Gonzalez (R) of Costa Rica during the FIFA World Cup 2014 round of 16 match between Costa Rica and Greece at the Arena Pernambuco in Recife, Brazil, 29 June 2014.  EPA/CHEMA MOYA   EDITORIAL USE ONLY

Namun pada separuh masa kedua, keadaan dikejutkan dengan jaringan pembuka tirai penyerang Costa Rica, Bryan Ruiz pada minit ke-52.

Bagaimanapun keadaan menjadi agak bahaya kepada Costa Rica apabila mereka kurang seorang pemain setelah pemain pertahanan mereka, Oscar Duarte dilayangkan kad merah selepas mendapat kad kuning yang kedua pada minit ke-66.

Costa Rica berjaya mempertahankan benteng mereka sehinggalah pada minit ke-90, ia dibolosi oleh jaringan pemain pertahanan Greece, Sokratis Papastathopoulos.

Giancarlo Gonzalez (L) of Costa Rica in action during the FIFA World Cup 2014 round of 16 match between Costa Rica and Greece at the Arena Pernambuco in Recife, Brazil, 29 June 2014. EPA/MAST IRHAM   EDITORIAL USE ONLY

Jaringan saat akhir itu telah menyamakan kedudukan permainan menjadi 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Mereka kini terpaksa bermain pada masa tambahan untuk memecahkan kedudukan. Bagaimanapun masa tambahan tersebut tidak dapat menghasilkan sebarang gol bagi kedua-dua pasukan.

Perlawanan dibawa ke sepakan penalti di mana Costa Rica berjaya menjaringkan lima gol, manakala Greece hanya menjaringkan tiga gol.

Costa Rica's goalkeeper Keylor Navas makes a save on a shot by Greece's Kostas Mitroglou during extra time in the World Cup round of 16 soccer match between Costa Rica and Greece at the Arena Pernambuco in Recife, Brazil, Sunday, June 29, 2014. (AP Photo/Martin Meissner)

Gol-gol Costa Rica dijaringkan oleh Celso Borges, Bryan Ruiz, Giancarlo Gonzalez, Joel Campbell dan Michael Umana.

Gol-gol Greece pula dijaringkan oleh Konstantinos Mitroglou, Lazaros Christodoulopoulos dan Jose Holebas.

Keputusan akhir perlawanan, Costa Rica 1(5) - 1(3) Greece. Costa Rica akan bertemu Belanda di suku akhir nanti.


PEMAIN PILIHAN ASTRO AWANI: Bryan Ruiz (Costa Rica)