SPORTS
Cklamovski perjelas sebab Harimau Malaya berlatih di Johor, lawan di KL

Menurut pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, fasiliti di Johor adalah antara yang terbaik di negara ini. - Foto Bernama
PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski menjelaskan sebab kem latihan kali ini berbeza apabila pasukan negara akan menjalani latihan di Johor Bahru sebelum kembali berlatih di Kuala Lumpur untuk aksi menentang Cape Verde dan Vietnam.
Ringkasan AI
- Latihan di Johor Bahru & Kuala Lumpur: Pasukan kebangsaan akan berlatih di Johor Bahru selama seminggu sebelum kembali ke Kuala Lumpur bagi persiapan menentang Cape Verde dan Vietnam.
- Kemudahan Bertaraf Tinggi: Pengendali pasukan, Peter Cklamovski, memilih Johor kerana fasiliti terbaik yang disediakan, dengan sokongan daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
- Perlawanan Antarabangsa: Harimau Malaya akan berdepan Cape Verde pada 29 Mei di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan sekali lagi bertemu lawan sama pada 3 Jun di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
"Dengan adanya padang latihan serta segala kemudahan yang disediakan di JDT, ia memberikan suasana bertaraf tinggi dan ia persekitaran yang kami mahu wujudkan.
"Kami berada di sana untuk tempoh yang singkat sebelum ke Kuala Lumpur dan meneruskan kem latihan. Selepas itu, kami mengharungi perlawanan penting menentang Cape Verde dan perlawanan besar menentang Vietnam," katanya.
Skuad negara akan berlatih di Johor selama seminggu bermula Ahad ini sehingga 26 Mei sebelum kembali menjalani latihan selama dua hari di Kuala Lumpur.
Selepas itu, Harimau Malaya dijadualkan menentang pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei.
Kemudian, mereka akan sekali lagi bertemu lawan sama bagi perlawanan latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Jun. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami