awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Copa America: Paraguay jadi mangsa aksi garang Brazil

Astro Arena
Astro Arena
29/06/2024
04:32 MYT
Copa America: Paraguay jadi mangsa aksi garang Brazil
Colombia sudah pun layak ke suku akhir sedang mengungguli Kumpulan D dengan enam mata selepas dua perlawanan, manakala Brazil di tempat kedua dengan empat mata. - Stadium Astro
BRAZIL bangkit daripada persembahan hambar ketika Vinicius Junior menjadi tunjang kemenangan ketika mereka membelasah Paraguay 4-1 dalam pertembungan Kumpulan D, Copa America di Nevada sebentar tadi.
Penyerang Real Madrid itu acap mencipta gerakan berbahaya dari sayap kiri dan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 ketika dia menyudahkan hantaran Lucas Paqueta.
Pemain sayap Girona, Savio, kemudian menggandakan kelebihan juara sembilan kali itu selepas menerpa bola melantun di dalam kotak penalti sebelum Vinicius memerangkap Omar Alderete bagi mencetak gol kedua peribadinya dalam masa kecederaan separuh masa pertama.
Paraguay kembali menjaringkan gol selepas rehat yang menyaksikan Alderete menebus kesilapan awalnya itu termasuk kegagalan menyempurnakan sepakan penalti menerusi jaringan jarak jauh, namun tetapi sebarang harapan mereka untuk bangkit dengan lenyap begitu sahaja sebaik gol Paqueta menyusul pada minit ke-68.
Colombia sudah pun layak ke suku akhir sedang mengungguli Kumpulan D dengan enam mata selepas dua perlawanan, manakala Brazil di tempat kedua dengan empat mata diikuti Costa Rica dengan satu mata dan Paraguay tercorot tanpa sebarang mata.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Copa America
#Brazil
#belasah Paraguay
#Vinicius Junior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan