awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Coppa Italia: Gol tunggal Bremer bawa Juventus ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
03/02/2023
01:40 MYT
Coppa Italia: Gol tunggal Bremer bawa Juventus ke separuh akhir
Juventus terlepas dua peluang berharga sebelum memecahkan kebuntuan pada minit ke-44, di mana Bremer melakukan lambungan gemilang selepas menerima hantaran Filip Kostic. - Foto Astro ARENA
JUVENTUS 1 LAZIO 0
Juventus mengetepikan segala masalah yang melanda mereka ketika ini untuk menempa pertemuan separuh akhir Coppa Italia dengan Inter Milan selepas menewaskan Lazio 1-0 di Stadium Allianz awal pagi tadi.
Coppa Italia muncul satu-satunya peluang terbaik untuk Juve memenangi trofi musim ini selepas mereka ditolak 15 mata dalam saingan Serie A.
Dan pasukan tuan rumah itu mempamerkan penguasaan penuh dalam pertemuan kali ini, di mana gol tandukan Gleison Bremer dalam separuh masa pertama sudah cukup untuk menjadi pemisah.
Pasukan bimbingan Massimiliano Allegri itu terlepas dua peluang berharga sebelum memecahkan kebuntuan pada minit ke-44, di mana Bremer melakukan lambungan gemilang selepas menerima hantaran Filip Kostic.
Juve tidak berdepan ancaman menuju ke penghujung perlawanan memandangkan lawan bimbingan Maurizio Sarri berkenaan mempamerkan aksi mengecewakan di bahagian serangan.
Mereka seterusnya akan bedepan seteru Derby d'Italia, Inter, bagi perlawanan separuh akhir dengan format timbal balik pada 4 dan 25 April depan.
Bremer breaking the deadlock! #JuveLazio #CoppaItaliaFrecciarossa pic.twitter.com/WO7ZB1NxiW
— JuventusFC (@juventusfcen) February 2, 2023
Topic Berkaitan
#Juventus
#Lazio
#Coppa Italia
#Gleison Bremer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan