awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: McLaren tarik diri, LaLiga tangguh perlawanan

Astro Arena
Astro Arena
13/03/2020
02:47 MYT
COVID-19: McLaren tarik diri, LaLiga tangguh perlawanan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan F1 Chase Carey bercakap pada sidang media di Litar GP Melbourne, selepas diumumkan Grand Prix Australia akan dibatalkan susulan sorang kakitangan McLaren positif dijangkiti COVID-19, 13 Mac, 2020. REUTERS
MCLAREN menarik diri daripada saingan pembukaan musim Formula Satu (F1), Grand Prix (GP) Australia, hujung minggu ini selepas salah seorang ahli pasukan diuji positif wabak koronavirus baru (COVID-19).
Perkara itu disahkan pada Khamis apabila seorang anggota kakitangan pasukan berkenaan telah diasingkan selepas "menunjukkan simptom serupa dengan koronavirus."
McLaren mendedahkan ujian ke atasnya didapati positif hingga mendorong mereka untuk menarik diri selain meletakkan perlumbaan itu dalam keraguan.
LaLiga turut terkesan apabila mengambil keputusan untuk menunda dua perlawanan selepas salah seorang daripada pemain bola keranjang Real Madrid disahkan positif COVID-19.
Liga utama bola sepak Sepanyol sebelum ini telah beraksi tanpa penyokong sejak beberapa minggu lalu tetapi langkah pencegahan yang lebih drastik mula diketengahkan, bermula di wilayah Madrid.
Madrid mengesahkan salah seorang daripada pemain pasukan bola keranjang telah disahkan positif COVID-19 memandangkan mereka berkongsi kemudahan latihan dengan skuad bola sepak di pangkalan Valdebebas.
Mereka telah diarahkan untuk dikuarantin.
Lantas, keputusan telah dibuat untuk menggantung sepenuhnya LaLiga untuk perlawanan yang akan datang.
Skuad kendalian Zinedine Zidane itu sepatutnya dijadualkan bertemu Valencia disusuli Eibar.
Malah, aksi timbal balik Liga Juara-Juara (UCL) menentang Manchester City di tempat lawan minggu depan juga dalam keraguan.
Topic Berkaitan
#Australia
#bola keranjang
#bola sepak
#coronavirus
#COVID-19
#F1
#Formula Satu
#gantung perlawanan
#Grand Prix
#kemudahan latihan
#kuarantin
#LaLiga
#Liga Juara-Juara
#Madrid
#Manchester City
#McLaren
#Real Madrid
#sepanyol
#tarik diri
#Valdebebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan