awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cristiano Ronaldo sertai francais permainan video 'Fatal Fury'

Astro Arena
Astro Arena
02/04/2025
10:15 MYT
Cristiano Ronaldo sertai francais permainan video 'Fatal Fury'
Ronaldo akan muncul sebagai watak yang boleh dimainkan dalam 'Fatal Fury: City of the Wolves'. - Stadium Astro
CRISTIANO Ronaldo mengumumkan penglibatannya dalam dunia hiburan akan menyaksikan dia bakal menjadi salah satu karakter dalam permainan video yang bakal dilancarkan hujung bulan ini.
Ronaldo, mendedahkan menerusi Instagram dia akan menjadi sebahagian dalam permainan video, 'Fatal Fury: City of the Wolves', permainan video yang diberikan nafas baru buat pertama kali sejak 26 tahun yang lalu.
View this post on Instagram
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)
Edisi pertama dalam francais 'Fatal Fury' dilancarkan pada tahun 1991 menerusi sistem Neo-Geo dan membantu membuka jalan bagi keseluruhan permainan pertempuran popular sepanjang 1990-an.
Sebagai langkah untuk mempromosikan permainan video itu, SNK mendedahkan bahawa Ronaldo akan muncul sebagai watak yang boleh dimainkan dalam 'Fatal Fury: City of the Wolves', dengan pemenang Ballon d'Or lima kali itu muncul dengan kit dan but, bersama dengan nombor 7 dengan lilitan kapten.
Disuarakan oleh pelakon, Juan Felipe Sierra, watak Ronaldo menggunakan bola biru bercahaya untuk melakukan serangan gaya bola sepak ke atas lawannya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#permainan video
#Fatal Fury
#dunia hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan