awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
Desak Muhyiddin undur: Ketua Bahagian Bersatu di Perak dipanggil Lembaga Disiplin
Rasuah wajar dilihat sebagai jenayah berat, setara dengan dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debaran kedua buat Omar, bertentang mata dengan Sumareh

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/09/2019
10:16 MYT
Debaran kedua buat Omar,  bertentang mata dengan Sumareh
Sumareh mendukung Omar apabila masing-masing mengakui teruja dapat bertemu. - Foto FAM
Selepas mengalami debaran menyaksikan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Indonesia pada Khamis lalu, kini Omar Saiful Razman, 8, mengalami debaran yang berbeza.
Peminat cilik Harimau Malaya itu yang tular videonya selepas menitiskan air mata atas kemenangan membenam skuad Garuda, hari ini dipertemukan dengan idolanya, Mohamadou Sumareh.
Detik-detik kegembiraan itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi akaun laman sosial, Facebook persatuan itu.
Selain dapat bersalaman, Sumareh yang turut mengakui teruja dapat berjumpa dengan Omar, menyampaikan beberapa keping tiket bagi menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa ini.
“Awak ok? Saya lihat video awak. Saya sangat gembira. Terima kasih banyak-banyak. Saya peminat awak juga, peminat-peminat saya pun minat awak juga,” kata Sumareh.
“Semoga berjaya menentang UAE nanti,” kata Omar kepada Sumareh.
Foto Facebook FAM
Foto Facebook FAM
Bukan hanya Sumareh, Omar juga dilihat dapat bertemu dan berbual bersama penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias.
Pada Khamis lalu, ibu Omar yang juga pelakon, Nadiya Nisaa berkongsi video debaran yang dilalui anaknya itu yang menagih kemenangan Malaysia menentang Indonesia.
Bukan itu sahaja, Nadiya turut memuat naik video pada Jumaat menunjukkan keterujaan Omar membaca berita kememangan Malaysia dari sebuah akhbar.
Topic Berkaitan
#FIFA 2022
#harimau Malaya
#Indonesia
#Malaysia
#Nadiya Nisaa
#Omar Saiful Razman
#skuad kebangsaan
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan