awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Demi kepentingan nasional' - Faidz jelas keputusan Bukit Jalil venue final Piala FA

Astro Arena
Astro Arena
18/08/2022
20:40 MYT
'Demi kepentingan nasional' - Faidz jelas keputusan Bukit Jalil venue final Piala FA
Selain aksi final Piala FA membabitkan pertemuan JDT dan Terengganu FC, konsert kumpulan rock Dewa19 juga bakal diadakan di Axiata Arena, KL Sports City. - Gambar fail
DEMI kepentingan nasional, itu keputusan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue perlawanan akhir Piala FA yang akan diadakan 10 September ini.
Ini walaupun venue berkenaan dijangka berlakunya kebanjiran pengunjung susulan tiga acara bertembung pada hari berkenaan.
Selain aksi final Piala FA membabitkan pertemuan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, KL Sports City juga jadi venue bagi konsert kumpulan rock Dewa19 yang akan diadakan di Axiata Arena.
Manakala, beberapa kawasan parkir stadium berkenaan sudah ditempah pemilik 'funfair' sekaligus mengundang persoalan peminat bola sepak tanahair mengenai pemilihan stadium itu sebagai venue perlawanan akhir.
BACA: Stadium Nasional Bukit Jalil venue final Piala FA JDT vs TFC
Mengulas mengenai perkara itu, ini penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Faidz Sanusi kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Demi kepentingan nasional, saingan Piala FA akan dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya.
"Kami juga telah memaklumkan kepada Malaysian Football League (MFL) bahawa terdapat beberapa acara di perkarangan stadium selepas mereka telah menempah tarikh tersebut lebih awal."
Topic Berkaitan
#Piala FA
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#kawasan parkir
#Faidz Sanusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan