awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua gol Sousa bantu Kedah benam Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2023
21:40 MYT
Dua gol Sousa bantu Kedah benam Kelantan
Sousa menjaringkan tiga gol dalam dua aksi pramusim 2023 bersama KDA FC. -Foto KDA FC
KEDAH Darul Aman (KDA) FC meraih kemenangan 2-0 ke atas Kelantan FC pada aksi persahabatan pramusim 2023 di Stadium Darul Aman pada Jumaat malam.
Willian Lira Sousa muncul wira Sang Kenari apabila meledakkan kedua-dua tersebut pada aksi kedua pasukan tersebut.
Gol pertama muncul pada minit ke-54 selepas pemain import dari Brazil itu memanfaatkan hantaran Manuel Ott untuk menggembirakan 16,100 penyokong tuan rumah.
Gol kedua pula diperolehi pada minit ke-85 apabila Sousa bijak menyempurnakan hantaran Ott.
KDA FC mampu menjaringkan lebih banyak gol pada pertemuan itu terutamanya pada minit ke-44 bagaimanapun percubaan Al Hafiz Harun sekadar singgah di palang gol lawan.
Sebelum Sousa menambah gol keduanya, Fayadh Zulkifli turut berpeluang mencetak nama selaku penjaring gol tuan rumah pada minit ke-77 yang ketika itu berdepan satu lawan satu di depan gawang pelawat namun penjaga gol Kelantan FC, Rozaimi Rahamat ternyata bijak menafikan percubaan tersebut.
Sebagai rekod, KDA FC mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Perlis United 4-0 pada aksi pertama pra-musim 2023. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KDA FC
#Kelantan FC
#aksi persahabatan pramusim 2023
#Stadium Darul Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan