awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang kembali dilanda banjir, satu PPS dibuka di Raub
RM1 juta tidak lagi cukup untuk anda keluarkan duit KWSP selepas bersara
Mangsa kedua lemas di Pantai Sura Tengah ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

England tetap waspada ancaman Poland tanpa Lewandowski - Southgate

Astro Arena
Astro Arena
31/03/2021
03:53 MYT
England tetap waspada ancaman Poland tanpa Lewandowski - Southgate
SOUTHGATE: Saya rasa Poland mempunyai pemain yang cemerlang. Kami tidak boleh memandang rendah. Mereka sentiasa mampu memberikan ancaman. - REUTERS
PENGENDALI England, Gareth Southgate, menjangkakan Poland bersemangat tinggi untuk aksi kelayakan Piala Dunia esok di Wembley dalam ketiadaan kapten dan penjaring gol terbanyak, Robert Lewandowski.
Penyerang Bayern Munich itu mengalami kecederaan lutut dalam kemenangan 3-0 ke atas Andorra dan disahkan kelab semalam bahawa dia akan diketepikan hingga bulan depan.
Lewandowski menjaringkan 66 gol dalam 118 penampilan buat Poland, termasuk sembilan gol dalam sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
Tetapi Southgate menolak idea England bakal memiliki kelebihan dengan ketiadaan penyerang itu menjelang pertembungan kedua-dua pasukan dalam aksi Kumpulan I
"Dari perspektif kami, anda akan mempunyai pemain yang benar-benar mahu mengisi peluang itu," kata Southgate.
"Mereka adalah pasukan yang bagus dengan beberapa pemain yang bagus. Mereka semua akan berjuang untuk tujuan dan mereka adalah pasukan bola sepak yang baik. Mereka mempunyai motivasi yang tinggi.
"Kita mesti terus bertambah baik. Kami telah menunjukkan tahap yang baik dan harus terus meningkat.
"Saya faham persoalannya, tetapi saya rasa Poland mempunyai pemain yang cemerlang. Kami tidak boleh memandang rendah dan mereka sentiasa mampu memberikan ancaman.
"Sekiranya kami terfikir untuk mengambil mudah, kami akan terluka. Sudah tentu, orang ramai mahu melihat nama bintang, tetapi pasukan tidak berlandaskan kepada seorang pemain."
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#bola sepak
#England
#Piala Dunia
#Gareth Southgate
#Robert Lewandowski
#kelayakan
#Kumpulan I
#poland
#rehat
#ancaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan