EPL: Arsenal lakar kemenangan bergaya benam Leeds

Gyokeres (kanan) meraikan bersama Jurrien Timber kejayaan menjaringkan gol ketiga pasukan ketika perlawanan EPL antara Leeds United dan Arsenal di Leeds, England, 31 Jan 2026. (Foto AP)
ARSENAL membuktikan mengapa mereka berhak mendahului Liga Perdana Inggeris apabila melakar kemenangan bergaya dengan membelasah Leeds United 4-0 sekali gus melebarkan jurang tujuh mata di puncak carta liga.
Di sebalik kemenangan itu, The Gunners kehilangan khidmat bintang utama, Bukayo Saka, yang tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan sejurus sebelum sepak mula.
Tandukan Martin Zubimendi pada minit ke-27 membenarkan skuad kendalian Mikel Arteta membuka jaringan sebelum kesilapan penjaga gol Leeds, Karl Darlow, yang menjaringkan gol sendiri menggandakan kelebihan pelawat.
Viktor Gyokeres menyudahkan hantaran lintang Gabriel Martinelli sebelum Gabriel Jesus meledak gol sekali gus melengkapkan kemenangan 4-0 Arsenal di Elland Road.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan pertama Arsenal dalam empat perlawanan liga itu menyaksikan mereka mengumpul 53 mata selepas 24 aksi, meninggalkan pencabar terdekat, Manchester City dan Aston Villa yang masing-masing mengumpul 46 mata.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


