awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
17/02/2025
00:40 MYT
EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United
James Maddison menjaringkan gol pembukaan yang cuba ditampan penjaga gol Manchester United Andre Onana ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di London, 16 Feb 2025. (Foto AP)
TOTTENHAM HOTSPUR 1 MANCHESTER UNITED 0
Tottenham Hotspur memperoleh kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester United 1-0 di laman sendiri, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Ange Postecoglou menewaskan Brentford dua minggu lalu bagi menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan, dengan Spurs memperoleh kemenangan mereka di Stadium Tottenham Hotspur sejak awal November lalu.
Mereka terpaksa bertahan dengan jaringan tunggal yang dihadiahkan oleh James Maddison pada minit ke-13 selepas menolak masuk bola yang ditepis Andre Onana hasil rembatan Lucas Bergvall.
VICTORY IN N17! pic.twitter.com/lblA2QlizI
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 16, 2025
Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund memperoleh peluang masing-masing untuk jaringan The Red Devils, namun, kecekapan Guglielmo Vicario menafikan setiap percubaan itu untuk pasukan tuan rumah mempertahankan satu gol awal mereka hingga wisel penamat ditiupkan.
Kemenangan itu memacu Spurs naik ke tangga ke-12 liga dengan 30 mata, manakala United di tangga ke-15 dengan perbezaan jurang satu mata.
Spurs do the double over Man Utd for the first time in Premier League #TOTMUN pic.twitter.com/G89C9jcH1L
— Premier League (@premierleague) February 16, 2025
Untuk rekod, Postecoglu tidak pernah tewas kepada United dalam saingan EPL sepanjang empat pertemuan jurulatih berusia 59 tahun itu dan United telah tewas lapan daripada 12 aksi terakhir mereka.
Topic Berkaitan
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Tottenham Hotspur FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan