awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Jawatan ini berat, singkat tapi menakjubkan - Van Nistelrooy

Astro Arena
Astro Arena
11/11/2024
08:31 MYT
EPL: Jawatan ini berat, singkat tapi menakjubkan - Van Nistelrooy
Ruud Van Nistelrooy yang mengambil alih tugas Ten Hag bulan lalu telah membantu pasukan mencatat perlawanan tanpa kalah buat United. - Stadium Astro
Pengendali sementara Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, memuji semangat juang pasukan kendaliannya itu membelasah Leicester City di Old Trafford sebelum kehadiran Ruben Amorim yang akan menggalas tanggungjawab sebagai pengurus The Red Devils secara rasmi hari ini.
Dia yang merupakan legenda kelab itu mengambil alih tugas Ten Hag bulan lalu telah membantu pasukan mencatat perlawanan tanpa kalah buat United dengan tiga kemenangan dan satu aksi seri.
Masih belum ada sebarang berita tentang hala tuju Van Nistelrooy di bawah kendalian Amorim, namun bekas penyerang Manchester United itu bangga akan kejayaanya walaupun hanya sementara.
"Saya amat teruja selaku pengurus sementara Man United, walaupun dalam tempoh yang singkat, tetapi ia amatlah berharga.
"Pasukan kini tidaklah berada dalam kedudukan yang selesa, tetapi semua orang berjuang demi kelab, itu yang penting." kata Van Nistelrooy.
Emotional scenes after Ruud van Nistelrooy's last game in charge of Manchester United pic.twitter.com/78GPV23wXk
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 10, 2024
"Jawatan ini adalah tanggungjawab yang amat berat, saya mahu membantu Man United untuk berada di posisi yang lebih baik, itu adalah hala tuju saya. Dengan tiga kemenangan dan satu seri, ini adalah standard pasukan untuk terus maju kehadapan."
"Saya dapat rasa perasaan gembira dan teruja daripada penyokong, ini adalah Manchester United yang sebenar". katanya.
We are @ManUtd and were never gonna stop pic.twitter.com/0B1aIGF5X1
— Ruud van Nistelrooij (@RvN1776) October 25, 2024
Untuk rekod, Manchester United kini berada di kedudukan ke-13 carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 15 mata. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#EPL
#Ruud van Nistelrooy
#Ruben Amorim
#jurulatih sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan