SPORTS
EPL: Liverpool memang layak jadi juara - Van Dijk

Malah, Van Dijk menjadi kapten Liverpool ke-12 untuk merangkul kejuaraan liga utama tersebut. - Stadium Astro
VIRGIL van Dijk menegaskan bahawa Liverpool sememangnya layak untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mereka membelasah Tottenham Hotspur 5-1, awal pagi tadi, untuk merangkul mahkota liga ke-20.
Ringkasan AI
- Liverpool mengesahkan kejuaraan EPL ke-20 mereka selepas membelasah Tottenham Hotspur 5-1, mendahului Arsenal dengan 15 mata dan baki empat perlawanan.
- Virgil van Dijk menjadi kapten Liverpool pertama bukan Inggeris yang memenangi dua trofi EPL, sambil melanjutkan kontraknya selama dua tahun lagi di Merseyside.
- Gol daripada Luis Diaz, Alexis Mac Allister, Cody Gakpo, Mohamed Salah, serta gol sendiri Destiny Udogie, menyemarakkan kemenangan bersejarah Liverpool di Anfield.
The Reds mendapat gol keempat mereka sejurus selepas sejam permainan yang menyaksikan rembatan Mohamed Salah melepasi jangkauan Guglielmo Vicario sebelum gol sendiri Destiny Udogie menambah lagi sengsara pelawat.
Dan bagi Van Dijk, Liverpool mempunyai asas yang kukuh untuk dibina pada musim ini dan pemain Belanda itu merupakan tunjang kepada kejayaan The Reds.
Malah, Van Dijk menjadi kapten Liverpool ke-12 untuk merangkul kejuaraan liga utama tersebut dan pemain bukan Inggeris pertama yang merangkul trofi EPL kedua bersama kelab itu.
Pemain berusia 33 tahun itu merupakan salah seorang daripada lapan tonggak yang memenangi gelaran yang sama pada 2019-20 tetapi terpaksa meraikan tanpa peminat berikutan penularan wabak COVID-19.
Dan bercakap selepas kemenangan ke atas Spurs itu, Van Dijk -- yang baru ini melanjutkan kontraknya di Merseyside selama dua tahun lagi -- jelas beremosi dengan pencapaian semasa.
"Ya, saya terdesak untuk penyokong berada di sini. Sudah tentu buat peminat di seluruh seluruh dunia, untuk peminat di sini malah buat kami sendiri," katanya.
"Kami meraih dua trofi EPL dalam tempoh lima tahun maka ia masih pencapaian yang baik." -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami