Skip to main content

Sukan

EPL: Southampton kini di kedudukan empat teratas

81607907003_BritainSoccerPremi.jpg
Advertisement
SOUTHAMPTON melonjak ke empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan ke atas Sheffield United dalam perlawanan di Stadium St. Mary's, Southampton, pada Ahad.

Kelab itu menundukkan Sheffield 3-0.

Beraksi di laman sendiri, Southampton terlebih dahulu membuka jaringan di minit ke-34.

Ini diikuti dengan dua lagi gol di babak kedua, masing-masing pada minit ke-62 dan 83.

Dengan keputusan ini, Sheffield bagaimanapun belum berada dalam kedudukan selesa.

Kelab itu sekadar mencatat kelebihan satu mata berbanding kelab yang mengekori kedudukannya.


Must Watch Video

Advertisement