awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar
Amanah saran pendekatan baharu, persaingan positif perkasa Melayu Islam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Gol kemenangan Baumgartner pacu kemaraan Austria

Astro Arena
Astro Arena
22/06/2021
00:38 MYT
Euro 2020: Gol kemenangan Baumgartner pacu kemaraan Austria
Christoph Baumgartner (No. 9) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya ketika perlawanan Euro 2020 kumpulan C antara Ukraine dan Austria di Stadium Arena Nasional, Bucharest, 21 Jun, 2021. (Foto AP)
UKRAINE 0 AUSTRIA 1
Austria menewaskan Ukraine 1-0 di Bucharest awal pagi tadi untuk menamatkan saingan Kumpulan C selaku naib juara dan menempah pertemuan dengan Itali dalam pusingan 16 Euro 2020.
Hanya satu gol memisahkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ketiga itu tetapi ia membolehkan Austria memintas Ukraine untuk mengiringi Belanda ke pusingan kalah mati.
Gol Christoph Baumgartner dalam separuh masa pertama memastikan kemaraan pertama pasukan itu melepasi peringkat kumpulan Kejohanan Eropah dan mereka akan berkunjung ke Wembley untuk menentang Azzurri hujung minggu ini.
Austria menguasai permainan sejak awal permainan tetapi tidak dapat menemui penyudah sehinggalah sepakan sudut berbahaya daripada David Alaba mudah ditolak masuk Baumgartner bagi menewaskan penjaga gol, Georgi Buschan, pada minit ke-21.
Walaupun Ukraine masih berpeluang meneruskan kempen kali ini selaku salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik, skuad kendalian Andriy Shevchenko itu kelihatan akan terkandas berdasarkan pungutan hanya tiga mata dan negatif perbezaan jaringan.
21 - Aged 21 years and 324 days Christoph #Baumgartner has become the youngest goal scorer in #EURO2020 and also the youngest Austrian goalscorer in European Championships. #AUT #UKRAUT pic.twitter.com/nhSmX8FANT
— OptaFranz (@OptaFranz) June 21, 2021
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Itali
#Euro 2020
#perlawanan ketiga
#pusingan kalah mati
#pusingan 16
#austria
#Kumpulan C
#Wembley
#Christoph Baumgartner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan