awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Saya bertanggungjawab Belanda tersingkir - De Ligt

Astro Arena
Astro Arena
27/06/2021
23:17 MYT
Euro 2020: Saya bertanggungjawab Belanda tersingkir - De Ligt
Matthijs de Ligt kelihatan kecewa selepas diarahkan keluar padang ketika perlawanan Euro 2020 pusingan 16 antara Belanda dan Republik Czech di Puskas Arena, Budapest, Hungary, 27 Jun, 2021. REUTERS
Matthijs de Ligt memikul tanggungjawab atas penyingkiran Belanda daripada saingan Euro 2020 setelah dia diarah keluar padang ketika tewas 2-0 dalam aksi pusingan 16 kepada Republik Czech.
De Ligt itu disingkirkan 10 minit separuh masa kedua bermula setelah VAR mengesahkan bola terkena tangan secara sengaja pertahanan Juventus itu.
Jaringan daripada Tomas Holes dan Schick memastikan kemenangan penuh bermakna buat skuad kendalian Jaroslav Silhavy mara ke suku akhir bertemu Denmark di Baku.
Belanda gagal menampilkan permainan terbaik walaupun melewati aksi cemerlang dalam peringkat kumpulan, skuad kendalian Frank de Boer menjadi skuad Belanda pertama gagal melakukan percubaan tepat ke sasaran sepanjang perlawanan.
BACA: Euro 2020: Kejutan Republik Czech ranap impian Oranje
Namun De Ligt berasakan dirinya bersalah apabila gagal menilai lantunan bola sebelum bola terkena tangannya, merupakan punca utama kekalahan mereka.
"Sudah tentu, ia rasa cukup tidak baik. Kami pada dasarnya tewas kerana apa yang saya lakukan. Saya tidak seharusnya membenarkan bola itu melantun dan segera mengeluarkannya," katanya kepada NOS.
"Keputusan pengadil telah mengubah perlawanan. Saya melihat bagaimana pasukan berusaha sehingga penghujung tetapi saya bertanggungjawab di atas kegagalan ini.
"Kami mempunyai beberapa peluang dalam separuh masa pertama. Tiada percubaan tepat ke sasaran, tetapi peluang itu ada. Saya tidak berasa seperti mereka jauh lebih baik.
"Sudah tentu, ini sangat sukar. Bermain dalam kejohanan selalu merupakan peluang keemasan. Sekiranya anda tersingkir seperti itu, itu lebih menyakitkan."
Topic Berkaitan
#Matthijs de Ligt
#Euro 2020
#Belanda
#Republik Czech
#kad merah
#bola terkena tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan