awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Didier Deschamps khuatir jentera serangan Perancis

Astro Arena
Astro Arena
01/07/2024
07:18 MYT
EURO 2024: Didier Deschamps khuatir jentera serangan Perancis
Deschamps gesa Perancis agar meningkatkan prestasi mereka di depan pintu gol apabila menekankan tiada lagi peluang kedua dalam EURO 2024. - Stadium Astro
Didier Deschamps menggesa Perancis agar meningkatkan prestasi mereka di depan pintu gol apabila menekankan tiada lagi peluang kedua dalam EURO 2024 tatkala mereka bersedia untuk menempuhi peringkat kalah mati. Perancis merupakan salah sebuah pasukan pilihan sebelum kejohanan tetapi bergelut untuk menjelmakan impak sebenar selepas menamatkan saingan sebagai naib juara dalam Kumpulan D di belakang Austria. Selepas menang ke atas pasukan bimbingan Ralf Rangnick itu hasil jaringan sendiri dalam perlawanan pembukaan, Les Bleus kemudian terikat seri dengan Belanda dan Poland.
Sambil mengakui keputusan memberangsangkan mereka di peringkat kumpulan, Deschamps yakin akan ada peningkatan besar ketika menentang Belgium dalam pusingan 16, tengah malam ini. “Saya sedang melakukan yang terbaik untuk meletakkan pasukan di kedudukan terbaik untuk memaksa pihak lawan kental bertahan,” kata ketua jurulatih itu.
"Kami sudah memasuki fasa baru kejohanan ini, Tiada lagi peluang kedua. "Pasukan yang layak adalah lebih baik daripada pasukan yang pulang. Ini semua tentang mempunyai kelebihan di hadapan gawang. "Jika anda mahu menang maka anda perlu menjaringkan gol dan kami tidak menyerlah dalam soal ini."
Les Bleus sont arrivés à Düsseldorf ! #FiersdetreBleus pic.twitter.com/y6h5yP8EjV
— Equipe de France (@equipedefrance) June 30, 2024
*Artikel disiarkan di Stadium Astro

Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Didier Deschamps
#Perancis
#les bleus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan