awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis tahan dua individu, rampas dadah hampir RM11 juta di Bukit Kayu Hitam
MALAYSIA
KPK mulakan libat urus dengan industri sawit berkaitan SST - Johari
DUNIA
Perang Israel-Iran: Naratif Netanyahu sudah hilang taring - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

FAM ambil langkah bijak kekalkan Cheng Hoe

Astro Arena
Astro Arena
25/12/2018
20:55 MYT
FAM ambil langkah bijak kekalkan Cheng Hoe
Kontrak Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak negara akan berakhir 31 Disember ini. - Gambar fail
"FALSAFAH bola sepak Cheng Hoe ada dalam visi dan misi F:30."
Itu pandangan terbuka pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully, yang menyambut baik hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tampak mengekalkan khidmat Tan Cheng Hoe selaku pengendali Harimau Malaya.
Status pengendali berusia 50 tahun itu selaku ketua jurulatih negara hanya akan diketahui dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan pasukan kebangsaan minggu depan.
Situasi itu tampak memberi petanda jelas mengenai kedudukan Cheng Hoe untuk dikekalkan tatkala kontraknya akan berakhir 31 Disember ini.
Richard juga yakin bekas jurulatih Kedah itu cukup relevan untuk mengendalikan Harimau Malaya dengan ciri-ciri falsafah bola sepak modennya ada dalam perancangan 'road map' FAM, F:30.
Falsafah bola sepak Cheng Hoe berhasil menerusi jaringan pertahanan Syahmi Safari ketika aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 menentang Thailand di Bangkok baru-baru ini.
"F:30 menerapkan falsafah bola sepak Malaysia, di mana ia bermula daripada pertahanan dan ia menunjukkan hasil ketika jaringan Syahmi menerusi lapan sentuhan. Itu adalah visi bola sepak Malaysia.
"Jika senior boleh melakukannya, apatah lagi pemain muda. Malaysia masih memiliki masa untuk merealisasikannya," kata Richard.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#F 30
#FAM
#harimau Malaya
#jurulatih
#kontrak
#Richard Scully
#road map
#Tan Cheng Hoe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami