KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius pandangan bekas presidennya Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berhubung kegagalan skuad kebangsaan pada Kejuaraan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, Disember lepas.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau secara peribadi menghormati teguran dan cadangan yang diberikan Tunku Ismail.
Beliau berkata FAM juga akan meneliti segala permasalahan yang dibangkitkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, demi kebaikan arena bola sepak negara.
"Saya menjunjung kasih kepada TMJ dan akan meneliti cadangan yang telah dikemukakan baginda, selaku bekas Presiden FAM berhubung kegagalan skuad kebangsaan.
"Kami mengambil dari sudut positif segala teguran dan cadangan tersebut akan kami perhalusi sebaiknya demi kebaikan semua pihak terutama dalam pengurusan bola sepak negara," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menggariskan beberapa kelemahan FAM, yang dilihat mempengaruhi kegagalan skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2020 selepas terkandas seawal peringkat kumpulan.
Antara yang diberi perhatian Tunku Ismail adalah kegagalan FAM memberikan gambaran serta penjelasan yang lebih jelas, mengenai situasi skuad kebangsaan kepada media, selain kegagalan membuat perancangan awal dan sasaran ke final yang diletakkan ke atas pasukan negara.
Tunku Ismail berkata demikian dalam temu bual eksklusif secara langsung bersama sebuah saluran televisyen swasta, bagi mengupas isu di sebalik kemerosotan prestasi skuad kebangsaan dan kegagalan pada kempen Piala AFF 2020.
Pada kejuaraan itu, Malaysia yang turun selaku naib juara edisi 2018 gagal melangkah ke peringkat kalah mati, selepas menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan ketiga, di belakang Indonesia dan juara bertahan Vietnam.
Berikutan kegagalan itu, Tan Cheng Hoe mengambil keputusan meletakkan jawatan ketua jurulatih yang disandang sejak 2017, sebelum Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi turut mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan pengurus pasukan skuad kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau secara peribadi menghormati teguran dan cadangan yang diberikan Tunku Ismail. - Gambar fail
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
'Saya maafkan orang fitnah saya'
Noor Azman tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.