Skip to main content

Sukan

FAM cadang adakan pertemuan dengan Khairy

71361491936_295x200.jpg
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Cadangan itu dilontarkan naib presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin bagi mengeratkan hubungan kedua-dua pihak yang didakwa  dingin.

Jelas Hamidin, FAM terlebih dahulu akan mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai tertinggi badan induk itu sebelum pertemuan diadakan.

Tambah beliau lagi, pertemuan dengan kementerian tersebut penting buat FAM untuk merujuk isu-isu yang boleh diselesaikan secara bersama.

Lantas, beliau secara peribadi bersikap positif dengan apa jua pandangan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

Laporan selanjutnya boleh diikuti melalui video yang telah disediakan.

Advertisement

Must Watch Video