awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM denda tiga persatuan negeri kerana tindakan liar penyokong

Bernama
Bernama
25/04/2015
03:49 MYT
FAM denda tiga persatuan negeri kerana tindakan liar penyokong
FAM denda tiga persatuan negeri kerana tindakan liar penyokong. -Gambar fail
Tiga persatuan bola sepak negeri menerima padah selepas didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan tindakan liar penyokong mereka dalam saingan Liga Malaysia.
FAM menerusi laman webnya www.fam.org.my menyatakan keputusan tersebut diputuskan hasil mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang diadakan pada Khamis.
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) didenda sejumlah RM25,000 selepas didapati bersalah atas dua kesalahan dalam aksi Liga Super.
Kesalahan pertama adalah tindakan penyokong mereka menyalakan suar selepas tamat perlawanan menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, 14 Feb lepas yang membawa denda RM10,000.
Kesalahan kedua adalah membaling bom asap semasa menentang Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 14 Mac lepas yang membawa denda RM15,000.
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) pula didenda sejumlah RM20,000 berikutan tindakan penyokong mereka membaling batu dan bekas minuman ke dalam padang permainan dan trek pada aksi Liga Perdana menentang Johor Darul Tazim II di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 3 April lepas.
FAM turut mendenda Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sejumlah RM10,000 berikutan tindakan penyokong mereka membakar atau membaling suar semasa dan selepas perlawanan Liga Perdana menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 13 Mac lepas.
Tiga persatuan itu didenda selepas didapati bersalah melanggar dua artikel yang termaktub dalam kod tatatertib FAM iaitu Artikel 42 Kod Tatatertib FAM berkenaan 'Pelanggaran berulang' dan Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM berkenaan 'Tanggungjawab bagi kelakuan penonton'.
Ketiga-tiga persatuan berkenaan turut diberikan amaran keras selain bakal berdepan hukuman yang lebih berat sekiranya kesalahan tersebut berulang, tegas FAM.
Badan induk bola sepak kebangsaan itu memaklumkan kesemua persatuan terlibat boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Topic Berkaitan
#denda
#FAM
#FAP
#KFA
#PBNP
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan