awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM gantung Persatuan Bolasepak Kelantan berkuatkuasa serta-merta

Astro Arena
Astro Arena
24/12/2024
03:50 MYT
FAM gantung Persatuan Bolasepak Kelantan berkuatkuasa serta-merta
Penggantungan selepas FAM memutuskan Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi Sesi 2024-2028 tidak sah.
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) secara majoriti mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) daripada menjadi Ahli Gabungan FAM berkuatkuasa serta-merta bermula semalam.
Tindakan itu selepas memutuskan Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi Sesi 2024-2028 yang telah berlangsung pada 19 Disember lalu adalah tidak sah dan telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Ia juga disebabkan terdapatnya gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres itu selain prosedur dan tatacara pengendalian kongres itu dilakukan secara tidak teratur mengikut prosedur yang ditetapkan oleh FAM.
Malah, tindakan itu diambil berdasarkan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli.
Oleh itu, berdasarkan siaran media yang dikeluarkan hari ini menjelaskan FAM meminta agar KAFA kembali mengadakan kongres dan pemilihan semula secepat mungkin. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#FAM
#gantung
#KAFA
#Persatuan Bolasepak Kelantan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan